Khamis, 1 Disember 2011

Lapur Diri sekolah Baru...SMK Seri Ampang

    Mungkin ini janji Allah SWT dengan aku.... tanpa ribut , tanpa taufan.... hari ini aku kena melapur diri sekolah baru.....Dan berakhirlah perkhidmatan aku di SMK. Raja Chulan selepas 16 tahun menabur bakti.
 Dari sekolah yang hanya setingkat..... Nah tu diaa.... aku dapat sekolah 4 tingkat ni.... mahulaa bergoyang kepala lutut naik tangga.... Semuanya ...kerana " Aku yang menurut Perintah "....
           Bukan setakat 4 tingkat... kawasan sekolah pun luas... kalau kena jadi guru keceriaan mahu tumpooo...juga aku...

         Sebenarnya bukan aku yang minta tukar... tapi aku ditukarkan...( arahan petukaran ) kerana dah lama berkhidmat lebih 15 tahun di Smk Raja Chulan....  Walaupun aku tak tahu sebelum ni... tapi hati kecilku sebenarnya dah terasa....... Cuma nasib aku baik. ... sekolah ni, taklah jauh dari rumah... jaraknya hampir sama dengan sekolah lamaku...
       Pagi tadi aku dah melapur diri.... aku cuma berfkiran positif.... barangkali pertukaran ini ada hikmah buat aku...

6 ulasan:

  1. Syukur Alhamdulillah kerana sekolah itu masih tak jauh dari rumah Ros. Kena macam kakcik dulu, ke Kapit dicampak dek deme, idokle temon siyo nak pegi! ;-)

    BalasPadam
  2. yer Kak cik...alhamdullillah... dekat aje.. cuma kalau dulu belok kanan... sekarang belok kiri...

    BalasPadam
  3. sempena bulan Muharram ni, selamat berhijrah.. seronok juga dpt suadana baru...

    BalasPadam
  4. Sekolah Raja Chulan tu kenangan IM semasa ting 4 dan 5 sains 3 (1976 - 77). Selepas itu IM diminta menjadi kerani perpustakaan selama 2 tahun dengan elaun RM60 sebulan. Masa tu pengetua ialah Abdul Gaffar.

    Dan guru yang paling IM hormati ketika itu ialah Pn Maznah Ismail.

    Bagi pandangan IM, selepas bertahun-tahun bekerja di satu tempat, elok bertukar angin bagi membina semula motivasi diri. Cumanya harap biarlah sekolah baru lebih baik pengurusan dan 'bos' dari sekolah lama. kalau tak, makan hati ler...

    BalasPadam
  5. Mycikgukita... salam berkenalan.
    memang itu yang terfikir pun... dapat suasana baru, pengalaman baru.. kawan baru.. bos baru... heheheh semua baru..( cuma cikgunya orang lama.>)

    BalasPadam
  6. Insan Marhaen..

    Kalau tahun 76 dan 77 tu ... saya baru tingkatan 1..heheheh tapi kakak saya tingkatan 6 di raja chulan... begitu juga pengetua saya sekarang..Pn Hjh Saadiah .
    Saya pun fikir positif aje ... bila kena tukar.. walaupun kena daki tangga.. masuk sekolah baru ni... kat Raja Chulan.. cuma setingkat

    BalasPadam