Jumaat, 6 November 2009

Jom Gubah semula bunga di pasu...

Salah satu hobi saya dimasa lapang ialah menggubah bunga. Untuk menggubah bunga, tak perlu bersusah paya membeli bunga baru di kedai. Cukup dengan mengkitar semula bunga-bunga yang sedia ada di rumah kita. Sebaiknya...buangkan lah dulu habuk-habuk dengan mencuci bunga-bunga tersebut..kalau rasa ok saja...ambil saja duster..untuk membuang habuk yang ada.....
Sebelum menggubah semula bunga anda, pastikan ada pasu yang bersesuaian
untuk sudut yang kita kehendaki. Dan bersesuaian dengan bunga yang kita ada.
Seterusnya...masukkan span hijau ini untuk memudahkan kerja mencucuk bunga. Boleh juga digamkan span supaya tidak bergerak lagi...

ok...proses menggubah bermula...cucukkan ranting di belakang sekali...pastikan ranting cukup tinggi dan seimbang dengan pasu yang digunakan

Masukkan ranting pelbagai warna untuk menceriakan lagi gubahan.

Kemudian, cucukkan ranting assesori untuk mempelbagaikan gubahan bunga.

Proses berikutnya adalah..proses menyusun bunga...Cucuk bunga dalam tiga peringkat yang berbeza...tinggi , sederhana dan rendah...Pastikan susunan seimbang.

Kemudian, masukkan bunga kedua yang kecil sedikit dari bunga pertama.. Susun bunga menghala ke atas untuk mengimbangi gubahan bunga. Sama seperti bunga pertama, bunga kedua juga perlu disusun seimbang supaya gubahan tidak nampak berat sebelah.

Proses ini...bunga ketiga digubah dicelah-celah bunga pertama. Pastikan
juga bunga yang dicucuk seimbang .

Langkah terakhir....cucukkan daun di sebelah bawah dan belakang...pastikan daun menutupi bahagian span supaya nampak lebih kemas.


gubahan bunga yang telah siap.
Ok ....senang saja kan...selamat mencuba,....!!!!









Selasa, 3 November 2009

Membuat bekas hantaran.

Baru ni saya diminta untuk menyiapkan hantaran untuk anak sedara yang akan bertunang..Jadi perkara pertama yang saya lakukan ialah membuat servey di kedai menjual alatan perkahwinan di Jalan Kuala Kangsar di Ipoh ni. di situ kita boleh mendapat berbagai idea dan dapat merangka budget yang diperlukan.. samada yang berkos tinggi atau sederhana.
Pilihan kakak yang anaknya bakal bertunang ialah bekas kos sederhana.. Jadi saya memilih bekas plastik ini untuk menjadi bekas hantaran. Ada pelbagai saiz, jadi kita perlu tahu apa yang hendak kita masukkan ke dalam bekas ini.
Langkah pertama yang saya lakukan ialah membentuk dulu bekas plastik ini. ( Dijual dalam bentuk kepingan ) Bagi sesiapa yang tiada pengalaman tidak perlu risau kerana senang sekali membentuk bekas plastik ini. Kemudian saya melekatkan reben putih seperti di atas....
Reben dilekatkan secara bersilang lebih kurang 1/4 dari permukaan kotak plastik.


Kemudian...lekatkan pembalut untuk mendapatkan corak pada bekas. Ada banyak pilihan dijual di kedai alat-alat perkahwinan. kerana saya memilih tema biru..jadi saya memilih kertas ini.



Hasilnya lebih kurang begini apabila telah dibalut.




Peringkat ini saya cuba memadankan bunga yang sesuai untuk kotak ini.





Akhir sekali saya melekatkan renda untuk kemasan akhir dan lace untuk kemasan bawah







Inilah hasilnya..... ok selamat mencuba.