Sabtu, 30 Oktober 2010

Jamuan akhir tahun..,,Pusat Sumber 2010


Hari ini aku kena menghadiri satu jamuan khas untuk pengawas-pengawas Pusat Sumber.
Dua bulan dulu,,,aku cakap je kat pengawas baru dari tingkatan 6 rendah yang dilantik, supaya mereka mengurus jamuan akhir tahun dan perpisahan untuk pengawas-pengawas yang akan meninggalkan sekolah... Nampaknya mereka uruskan hal ini dengan baik sekali.

Dari cari tempat jamuan, bayaran untuk jamuan, sijil-sijil, hadiah dan permainan serta persembahan...semua mereka yang uruskan.
Yang aku bantu cuma dapatkan LCD, sijil, dan hamper sahaja.....dan hari ni aku datang jamuan dengan senang hati... Memang suksess...Pengetua pun nampaknya puas hati.

Sebagai guru penyelaras, aku kenalah bagi ucapan...Up sikit pengawas-pengawas ni...kerana mereka memang bagus dan rajin....

Cuma yang aku kurang puas hati...jurukemera aku...gambar yang diambil, aku kurang puas hati... Gambar-gambar ni, aku ambil dari facebook si Amelia yang manja sangat dengan aku....
Thank you Amelia...
Gimik yang menarik dari bakal pengerusi Pengawas Pusat sumber aku tahun depan ...Pee.
Walau apa pun aku harap dia sebaik Ketua Pengawas aku tahun ni.....
kalau tidak susah le aku....

Isnin, 5 Julai 2010


Terlebih dahulu, saya mohon maaf kerana tak dapat menyiarkan secara detail teknik penghasilan gubahan sirih junjung ni..... sebab saya buat sirih junjung ni di rumah kenduri,..Malu juga nak ambil gambar....

Okay... secara ringkasnya idea menggunakan bakul ni datang secara spontan, sewaktu membelek-belek majalah.. Polestrin putih digunakan sebagai tapak untuk gubahan berdiri. Boleh juga digunakan form hijau untuk gubahan bunga hidup. Untuk kukuhkan tapak, perlulah dikat atau di selit lidi satay supaya tapak tidak terbalik..
Proses dimulai dengan mengikat hujung tangkai daun sirih dengan lidi satay supaya boleh dicucukkan ke polstrin...Untuk nampak rimbun, ikat sekali 3 helai daun pada satu cucuk. juga dengan menutup polistrin yang berdiri dengan daun sirih.. secara telentang..
Proses seterusnya, cuck bunga hidup secara seimbang warna.. pilihan warna biarlah pelbagai... untuk nampak lebih ceria..
Akhir sekali , tambah daun paku pakis, untuk menutup di sebelah bawah dan hiasi bakul dengan dua tangkai bunga orked....

Okay... gubahan sirih junjung telah siap.....selamat mencuba..!!!!

Khamis, 13 Mei 2010

Siapa sebenarnya bersalah...????

Sehari dua ni kecoh pasal insiden , polis menembak remaja. Bukan satu tapi dah dua kes...dan yang lebih malang remaja yang seorang tu meninggal....

Aku membaca banyak versi... dari versi yang menyalahkan polis dan versi yang menyalahkan remaja tersebut.... Memang betul lah...bila kejadian ini tak terjadi pada anak kita sendiri, mungkin kita kata polis tak salah..tapi bila kejadian ini berlaku pada anak kita sendiri, kita tunding jari kata polis yang salah....
Kesian juga pada anggota polis yang kena dakwa tu...macamana keluarga dia, anak-anak dia... padahal dia cuma menjalankan tugas...Kalau ikut otak aku yang tak berapa bagus ni...logiklaa dia tembak, sebab budak tu tak berhenti...dah tu dalam gelap, kita tak tahu siapa yang bawa kereta..kalau betul-betul penjenayah macamana...???
Kenapa sampai begitu takut sampai polis tahan tak berhenti....Sebab tu, aku pesan kat anak-anak ..Kalau polis tahan berhenti, kau salah ke tidak berhenti....polis dengan kerja dia..Saman boleh dibayar, nyawa hilang siapa nak ganti...???
Aku simpati dengan keluarga remaja yang meninggal...aku juga seorang emak..Tapi patutkah kita salahkan orang lain, kalau anak kita sendiri yang keluar malam, bawa kereta tanpa lesen, dan tak berhenti bila polis tahan...???
Pihak polis pula ada cara lain tak selain menembak...?????

Cuma yang aku risau, satu hari nanti... polis pun tak nak menembak walaupun penjenayah,...sebab salah tembak mereka kena dakwa.... sama macam cikgu-cikgu hari ni, tak nak merotan, mendenda...sebab kalau salah rotan, denda...cikgu pula kena saman.... siapa nak tanggung risiko...???

Apa nak jadi lepas tu yer...guru tak nak merotan, polis tak nak menembak....ermmm....fikir-fikirlaaahh...nak selamat ke tak selamat...

Isnin, 3 Mei 2010

Program Nilam

Isnin, 3hb Mei 2010...Hari ini aku datang ke sekolah setelah MC hari Jumaat..Sebaik menanda kehadiran, As , pembantu pejabat dah serah satu surat....mengenai program nilam.
Aduhh... lemah aku...!!! Surat meminta sekolah menghantar calun nilam untuk pertandingan peringkat daerah. Tak hantar kena hantar surat tunjuk sebab ke PPD.....
Sudahlah aku tak hadir mesyuarat hari Khamis di PKG..aku dah tak larat sangat selepas majlis sekolah sebelah pagi.....dan Jumaat aku ambil MC, rupanya pegawai penyelaras PKG tu datang ke sekolah...alahai...!!!, tentunya jumpa pengetua laaa....
Nasib baiklaa..pengetua moodnya baik. ..Pagi ni aje, beberapa kemenangan diumumkan di perhimpunan pagi serta penyampaian hadiah. Antaranya pertandingan kompang formasi., dapat no 3. Pidato di raja dapat naib johan, dan catur dapat no 2, layak ke pertandingan peringkat negeri. Lebih-lebih lagi hatinya masih seronok tak habis kerana kejayaan kami melaksanakan Majlis Anugerah Cemerlang serentak dengan Hari Kokurikulum dan merasmikan taman herba..... Pagi tadi panjang lebarlaa dia memuji kami...
Berbalik cerita tentang pertandingan program nilam ni....aku pun mencari ketua pengawas pusat sumber ku yang begitu dedikasi... Mereka memang dah dapatkan data program nilam bagi kelas-kelas, tapi malangnya....Data yang diambil hanya untuk tahun ini. Bila ditanya pada Zuraini, guru Pusat Sumber sebelumnya, rupa-rupanya jumlah buku dikira sepanjang pelajar itu berada di sekolah...maksudnya kalau dia di tingkatan 4, jumlah buku yang diambil adalah dari dia di tingkatan satu lagi.... Jadi , tadi diedarkan lagi satu borang untuk dua kelas 4RK dan 4SA..untuk mengesan calun yang layak... Sebenarnya dah ada satu calun layak...tapi dia masih di tingkatan 3...alahai...calun dicari mesti dari tingkatan 4.
Terus terang aku katakan... kalau kerja-kerja macam ni memang aku lemah..... tapi kalau program yang tak melibatkan orang lain, aku boleh laksanakan dengan cepat sikit...contohnya, blog Pusat sumber aku.... hahaha.... tanpa paper work, tanpa perancangan panjang lebar...aku dah berjaya laksanakan.. dan pengetua pun dah suka.. Cuma yang letihnya nak jadi reporter dan photografer..kena kejar setiap function.. anyway, aku cadang bila masuk je tingkatan 6 rendah, aku nak offer job tak bergaji ni pada sesiapa yang berminat... otomatik jadi pengawas pusat sumber...
Aku sebenarnya suspen nak tunggu esok.... aku takut tak ada calun yang sesuai untuk program nilam...Apa aku nak cakap kat pengetua....???? Aduhhhh....mati aku..!!!!

Rabu, 14 April 2010

Sepanjang jalan kenangan ke Putrajaya....

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat terima ijjazah sarjana.....Dan inilah sebahagian kenangan manis yang aku ada... Dan ditambah pula, apabila semalam kali ke dua kami menjejak kaki ke bangunan PICC kerana menghantar anak untuk temuduga....

Inilah gambar semasa konvokesyen UPSI 2006...Aku menerima ijazah Sarjana Pendidikan Seni. Sesuatu yang tak pernah terlintas dalam kepala aku selama ini.... Bukan aku nak riak atau takbur...kerana aku bukanlah seorang yang begitu bercita-cita tinggi....segalanya cukup apa yang ada...Tapi inilah suratan takdir Illahi...gara-gara sakit hati dengan "sistem" melintang, menegak...suatu waktu dulu, aku isi borang mohon biasiswa sambung belajar.....dan rupanya rezeki aku ada di sini...Aku dapat biasiswa, sekali gus dapat cuti belajar sepenuh masa.....
duit gaji jalan...dapat elaun lagi...seronok kann...!!!

Inilah van rusa kami, yang membawa kami ke Putrajaya...Sebenarnya sebelum kami ke Putrajaya..ada suatu peristiwa yang begitu menguji jiwa, mental dan segalanya..... Bayangkanlah.. bila dua-dua kereta ( van dan honda accord ) tiba-tiba rosak...bila kita dah nak bertolak ...
Dalam perancangan, kami nak guna kereta yang selalu aku guna untuk ke Putrajaya... Jadi petang Isnin, aku dah buat persiapan pergi membawanya mandi...( hehe pergi cuci laa....ingat nak jalan jauh...) dan kemudian menukar minyak hitam segalanya...tayar pun dah dipam... aleh-aleh, malam tu aku nak keluar kereta tak boleh nak dihidupkan... nak kata bateri weak, lampu menyala... suami ku cuma meneka, ada masalah dengan starter...( sekarang ni ada di bengkel kereta laa...)

Bila kereta dah rosak...kami tak gusar lagi. Sebabnya kami masih ada Van rusa yang sebaya dengan umur si Faiz..( lebih tua ....beli januari 1997...Faiz lahir -Disember 1997 ) Rusa kami ni pun sebenarnya baru saja di service..jadi kami pun confident habis...
Alih-alih lepas sarapan dekat restoran dekat dengan rumah..., kami nak mula bertolak....bahagian enjin tiba-tiba keluar asap... takut juga ...suami suruh keluar cepat-cepat... Aduhh...panik sekejap... Bila bahagian enjin dibuka, suami kata "alternater." Jam baru pukul 9.00 pagi... bengkel pun belum dibuka.. Dengan tawakal...suami bawa pelan-pelan ke bengkel...


Dalam kepala aku dah ligat memikir...apa alternative lagi nak ke Putrajaya....Nasib baik, temuduga Razi pukul 4.00 petang... Maksudnya kami masih ada masa... Sampai kat bengkel, taukeh bengkel pun tak sampai lagi...tapi suami dah call dia bagi tahu masalah kami..( suami ni dah jadi pelanggan tetap...)
Mahu tak mahu kami kena menunggulaa..sehingga alternater ditukar.... tapi hikmahnya.. Masa ni aku ambil peluang, memberi satu dua kata motivasi pada Razi.. Dan Razi pun masa nilaa.. baru menyusun dan membelik dokumen-dokumen yang nak dibawa....( bertuah punya anak...ingatkan dia dah susun dari semalam...) sempat laa berbincang pasal baju dan penampilan dia semasa temuduga...( budak remaja ni...nak ikut cara mereka je..)
Alhamdullillah....Pukul 11.00 Rusa siap dibaiki....leganya hati...tapi bimbang juga..takut buat hal di tengah jalan... Kami mengira masa..insyaallah, sempat sampai sebelum pukul 4.00 petang...

Perjalanan berjalan lancar..Alhamdullillah... Rusa tak meragam .....Kami cuma berhenti isi minyak dekat Tapah dan kemudian teruskan perjalanan... Kerana tak mahu tersesat di tengah bandaraya Kuala Lumpur., kami memilih untuk mengguna lebuhraya terus ke Selatan...

Alhamdullillah...dalam pukul 2.00 petang, kami dah sampai ke Putrajaya...Aku pun dah mula keluarkan kamera ...snap dari celah tingkap Rusa.. Suami dah bising...sibuk tangkap gambar, tak tengok arah jalan......heheheh yer pun...

Putrajaya memang mengamit kenangan... Pertama kali aku datang dulu, aku tak sempat ambil gambar...


Dan akhirnya kami nampak bangunan ini dari jauh.... bangunan yang pernah melakar sejarah dalam hidup aku..( Aku pun tak pasti kenapa konvokesyen kami di adakan di sini pada tahun tu...padahal selama ini dan sekarang diadakan di UPSI..


Memang kita patut mengakui....negara kita banyak senibina yang menawan...



Salah satu soalan temuduga yang ditanya oleh penemuduga pada calun temuduga group anak aku ialah mengenai bangunan ini.... Sekali pandang macam apa yer...

Dari jauh nampak macam UFO sedang landing pun ada...heheh
Sampai di atas...tempat pertama dicari....

Aku masuk sekejap dan keluar....ermmm sunyi dan seram sikit...hehehhe
Sementara menanti Razi bersiap...aku pun apa lagi posing laa..gambar ni diambil oleh Kecik yang ikut sama....anak ni pandai juga ambik gambar....

Dah nama pun orang seni...Sculpture ini menarik perhatian aku.... Dulu masa aku konvokesyen 2006, arca ni masih tak ada.... Menarik..


Papan tanda arah ini pun canggih...hehehehe oppsss sorrylah...orang seni macam aku ni memang kadang-kadang orang payah nak faham...

Simbol satu Malaysia di tengah-tengah ruang ligar...Cahaya agak malap, jadi nak tangkap gambar pun kena dekat-dekat...

Seramik ni menarik fokus mata...ada sepasang, di kaunter receptionis PICC...


Dan ini senarai nama calun untuk ditemuduga.... Razi dalam panel 8.....

Akhirnya ...anak ku keluar dari bilik persiapan.... Lihatlaa rambutnya...masih tak dipotong pendek... Jadi aku suruh bubuh minyak rambut dan sisir rambut kemas-kemas....

Aku bawa blazer..pinjam budak pengawas kat sekolah.... Mula-mula Razi tak nak pakai...tapi bila dia tengok ada yang pakai... baru dia nak pakai.... ERmmm handsome juga anakku ini...hehehe

Wajah calun yang tengah berdebar...Masa ni aku sempat lagi, bagi kata peransang...banyak-banyak baca bismillah, fatihah...yakin ...blaa..blaa..blaaa..

Si Ayah...yang memandu, keletihan terus ke cafe....pekena teh tarik.....
Aku pun lepas tu join sama...selepas Razi dah masuk ke bilik menunggu.....lega dapat pekena nescafe....

Kecik yang kebosanan.... bila dia tahu area ni ada wireless, dia kata "...mak, kenapa tak bawa laptop....boleh buka blog..." hehehe pandailaa anak kecik aku ni...dia nak main game sebenarnya...

Waktu kami di cafe...di luar hujan lebat tengah mencurah-curah....Inilah permandangan yang dapat aku ambil...

Akhirnya...Calun ditemuduga keluar........ rupanya mereka masuk lebih awal....jadi 4.15 dah selesai.... Barulaa, aku nampak muka si anak ceria sikit. ..Dashyat juga soalan....
Bagaimana kalau anda menjadi Datok Bandar.... dan ada yang lain-lain lagi....
Apa-apa pun aku kata kat Razi , Mission kita dah selesai....sekarang ni kita bertawakal je kepada Allah.... Hak kita berdoa dan meminta serta berusaha.... Hak Allah adalah memberi pada hambaNya yang meminta.....
Dapat tak dapat kita redhaa.....
Dan sekali lagi alhamdullillah...walaupun diuji masa nak pergi...tapi segalanya selamat dalam perjalanan... AMIN..