Isnin, 3hb Mei 2010...Hari ini aku datang ke sekolah setelah MC hari Jumaat..Sebaik menanda kehadiran, As , pembantu pejabat dah serah satu surat....mengenai program nilam.
Aduhh... lemah aku...!!! Surat meminta sekolah menghantar calun nilam untuk pertandingan peringkat daerah. Tak hantar kena hantar surat tunjuk sebab ke PPD.....
Sudahlah aku tak hadir mesyuarat hari Khamis di PKG..aku dah tak larat sangat selepas majlis sekolah sebelah pagi.....dan Jumaat aku ambil MC, rupanya pegawai penyelaras PKG tu datang ke sekolah...alahai...!!!, tentunya jumpa pengetua laaa....
Nasib baiklaa..pengetua moodnya baik. ..Pagi ni aje, beberapa kemenangan diumumkan di perhimpunan pagi serta penyampaian hadiah. Antaranya pertandingan kompang formasi., dapat no 3. Pidato di raja dapat naib johan, dan catur dapat no 2, layak ke pertandingan peringkat negeri. Lebih-lebih lagi hatinya masih seronok tak habis kerana kejayaan kami melaksanakan Majlis Anugerah Cemerlang serentak dengan Hari Kokurikulum dan merasmikan taman herba..... Pagi tadi panjang lebarlaa dia memuji kami...
Berbalik cerita tentang pertandingan program nilam ni....aku pun mencari ketua pengawas pusat sumber ku yang begitu dedikasi... Mereka memang dah dapatkan data program nilam bagi kelas-kelas, tapi malangnya....Data yang diambil hanya untuk tahun ini. Bila ditanya pada Zuraini, guru Pusat Sumber sebelumnya, rupa-rupanya jumlah buku dikira sepanjang pelajar itu berada di sekolah...maksudnya kalau dia di tingkatan 4, jumlah buku yang diambil adalah dari dia di tingkatan satu lagi.... Jadi , tadi diedarkan lagi satu borang untuk dua kelas 4RK dan 4SA..untuk mengesan calun yang layak... Sebenarnya dah ada satu calun layak...tapi dia masih di tingkatan 3...alahai...calun dicari mesti dari tingkatan 4.
Terus terang aku katakan... kalau kerja-kerja macam ni memang aku lemah..... tapi kalau program yang tak melibatkan orang lain, aku boleh laksanakan dengan cepat sikit...contohnya, blog Pusat sumber aku.... hahaha.... tanpa paper work, tanpa perancangan panjang lebar...aku dah berjaya laksanakan.. dan pengetua pun dah suka.. Cuma yang letihnya nak jadi reporter dan photografer..kena kejar setiap function.. anyway, aku cadang bila masuk je tingkatan 6 rendah, aku nak offer job tak bergaji ni pada sesiapa yang berminat... otomatik jadi pengawas pusat sumber...
Aku sebenarnya suspen nak tunggu esok.... aku takut tak ada calun yang sesuai untuk program nilam...Apa aku nak cakap kat pengetua....???? Aduhhhh....mati aku..!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan