Isnin, 30 Januari 2012

Berserabut....

    ....Kebelakangan ni, terasa sekali aku dah kian malas nak menulis. Terasa terlalu banyak kerja lain yang belum beres....  terutama urusan kain baju seisi rumah aku ni. Dari awal cuti sampai habis cuti... tak habis-habis mengurus bab ini.. dan aku pun bukanlah makluk yang rajin mengurus hal-hal begini...

Tapi sebenarnya.. yang terasa sekali adalah kederat aku yang kian diragut masa.... Nak melipat, membasuh memang kerja yang agak mudah... tapi bila bab nak mengemas... itu yang buat aku jadi liat....aduhhhh... ( almaklum yer... seisi rumah kecuali aku... semua lelaki...  yang tak mahu membantu..) kalau membantu pun.. bila aku jerit sekali.. sekali dibantu... kemudian.. tinggalkan semua kat aku....aduhhhhh........

Seronoknya kalau kita masih di era 70an... betapa mudah nak cari pembantu rumah warga kita sendiri....
budak-budak tunggu result spm pun tak berkira sangat... tapi sekarang...offer duit pun belum tentu anak-anak kita mahu.....

Alangkah baiknya.. kalau sleeping partner aku rajin dalam bab-bab begini.... Tapi kalau laa sehari dua ni dia tiba-tiba membantu... pasti risau juga aku... takut-takut buang tabiat....hahahahhahahha...

Anyway...I have to go...( speaking laa pulakkk...) kain setambun belum disusun... sebelum nanti ditentang...oleh kaki yang tak bermata... baik aku pi mengemas...

Rabu, 25 Januari 2012

Reunion dengan guru dan ex student SMKDAS selepas 20 tahun

    Sebenarnya dah beberapa hari  aku nak  menulis ... malangnya masa begitu tak mengizinkan. Dua hari sebelum ni, aku berulang ke kampung ziarah emak dan abah , kemudian balik ke Bota pula jenguk mak mertua.... Hari ni pun... sepanjang hari dok mengemas rumah. Sebelum tu, pi settle beberapa hal sementara hari cuti sekolah ( hari ni, cuti peristiwa... esuk dan lusa cuti berganti...)

   Aku sebenarnya nak cerita pasal reunion aku dan beberapa orang guru dengan bekas pelajar SMK Kg Dato Ahmad Said. ( lokasi dekat Manjoi, Ipoh ) .Sekolah ni adalah sekolah kedua aku dan sekolah pertama aku di Ipoh.... Masa tu aku baru je kahwin.... dan mengandung pulak tu. Dapat tukar ikut suami ke IPOh..... seronoknya bukan main...... cuma masalahnya jauh sikit dari rumah. Tapi cukup dekat dengan pejabat Mysuami masa tu..

Masa tu minta pindah sekolah cukuplah senang... tak payah tunggu lama pun. Kalau tak silap tak sampai dua bulan pun aku mohon dah dapat tukar. Yang betulnya... sekolah baru yang aku dapat tu memang kekurangan guru. Dan masih menumpang di sebuat sekolah cina... Murid pun masih tak ramai. cuma pelajar tingkatan satu dan dua...... Bangunan sekolah sedang dalam pembinaan...

Cuma masa tu... yang menjadi masalah ialah aku. ...Aku ada komlikasi masa mengandung... asyik kena tahan kat wad hospital... keluar masuk sampai bersalin... Pernah sekali tu, masih aku ingat... selepas MC kat rumah ... aku pi sekolah sehari.... lepas tu kena tahan balik kat wad sebab darah tinggi...

  Lepas habis cuti bersalin... rupanya mereka dah pindah ke bangunan baru....

Balik pada kisah reunion tadi.....seronoknya sebab dapat bertemu semula dengan pengetua pertama..sekolah. Walaupun dah tak berapa nampak..( kereta dipandu isteri ) tapi masih sporting... dan beberapa orang kawan, yang selama ni hanya berbual di facebook..

Begitu juga... ex student.... dari. pelbagai latarbelakang..... ramai yang dah berjaya... Ada dah jadi engineer.. novelis.. eksekutif... juruteknik... Ada yang buat bisnes sendiri... ada yang bukak butik dan salun spa... ada yang dah menduda.....  Semuanya cerita selepas 20 tahun bertemu semula..

Malangnya.... kelemahan aku... aku tak dapat ingat mereka semua..kecuali sorang dua... Aku minta maaf betul-betul.... ramai juga yang tampil perkenalkan diri,...ternyata mereka masih ingat kan aku.....
ada juga yang sebelum hari reunion lagi dah talifon.... ajak aku datang.. kerana nak jumpa aku ...

Apa-apa pun ...aku bangga dengan kejayaan mereka....

Isnin, 16 Januari 2012

Sekolah baru..semangat baru..

   Hari ni aku kembali ke sekolah... setelah seminggu menyelesaikan tugas hujung tahun. Seronoknya tahun ni, bukan saja sekolah baru... dua orang anak aku pun bersekolah sama dengan aku... si Faiz dan si Hakim.. sekurang-kurangnya aku boleh memantau mereka yang bakal ambil exam SPM dan PMR.. dan si kecik pula bakal ambil UPSR.....

       Memang tak dinafkan..letih seminggu lepas... baru sekarang aku rasa.. Awal pagi lagi dah pening kepala. Semalam dan ke klinik untuk pam semput yang datang... Malangnya sebab jumpa lain doktor.. ubat yang dapat kurang serasi....
       Letihnya di sekolah baru... pejabat di aras 1 , begitu juga bilik guru. mahu tak mahu kena panjat tangga....dan kebanyakkan kelas yang aku ajar di aras 3..... kecuali ada beberapa kelas sahaja di ground floor.... Memang semput juga turun naik tangga.... Itu pun aku belum menjengok bilik seni di bangunan bersebelahan. ( tak ada link...kena turun dan naik aras 2 )
    Memang selama ni aku 'dimanjakan' dengan struktor sekolah lama yang kecil....tak perlu memanjat tangga dan tangga..... di sini terpaksa menyesuaikan diri dengan budaya baru.. keadaan baru.

     Sekarang pun dah pandai jerang air...bancuh air 3 in 1 aje... dari pergi ke kantin.... Makan pun awal pagi.... dan tunggulaa balik nanti. ( kena bawa bekal biskut kering )

Mak oooii... ...aku memang rindu sekolah lama... bilik lama aku....huwaaaaaa.....

Sabtu, 14 Januari 2012

Dirai rakan-rakan...

        Beberapa hari yang lalu... aku menerima sms dari Mehrul... rakan satu sekolah semasa di raja chulan.... "Kak Ros.. cincin akak saiz berapa...???"  Aku dah dapat agak dari hari tu...
" Maaf Mehrul.. cincin tak ada saiz... nak pakai kena tempah....: " Beberapa hari
 kemudian aku dapat sms lagi bertanya... " Kak ros... telinga ada tindik tak...."  Aku memang nak ketawa... aku dah dapat agak niat rakan aku ni...

Kak Rohani Ariffin... turut digerakkan, sama sekolah dengan aku.
    Kemudian datang susulan sms... bertanya aku free tak hari ini..Sabtu 14hb januari. .. Memang sebelah pagi aku tak free... sebab ada LADAP di sekolah.. tapi tengahari ok aje...
dapat hadiah subang dari rakan-rakan... nampak je kecil tapi mahal juga..hehehe dan yang penting aku suka..
 Malangnya... LADAP  tengahari tadi agak lambat habisnya... nak lari pun tak boleh sebab aku duduk jauh ke tengah... jadi aku sampai agak lewat... Rakan-rakan dah menunggu di Exselcior Coffee House... tapi nasiblaa, rakan-rakan lain yang diraikan dah datang lebih awal... jadi tak adalaa rasa bersalah...
    Sebenarnya ... selain aku, ada 3 orang lagi rakan yang digerakkan.. semua ke sekolah yang berhampiran.....
 KakRoselawati antara yang digerakkan... dia lebih lama dari aku di Raja Chulan....
    Biasalah... bila ada jamuan, mesti ada ucapan....
 Rosminah... digerakkan ke SMK Gunung  Rapat.. Masa aku datang ke Raja Chulan dia dah ada.. tapi lepas tu, dia bercuti tanpa gaji ikut suami ke UK... lepas tu balik semula ke Raja Chulan..
Satariah yang dah jadi pensyarah pun hadir sama..... dia dulu sama-sama sambung belajar kat UPSI.. tapi rezeki dia dapat ke IPG..

Apa-apa pun.. gembira sekali bila diraikan... 
Sebenarnya... walaupun ini dah kali ke tiga aku bertukar sekolah .. tapi sebelum ini aku tak diraikan..heheh. Yerlah... sebelum ni aku pindah sekolah tengah-tengah tahun... cuma ini di awal tahun...

Jumaat, 13 Januari 2012

Lega....

      Tugas diamanahkan dah selesai.... aduh lega. Alhamdullillah, semua berjalan lancar dan tahun ni aku dah kian confident dengan tugas yang diberi dan dah mula berani memberi arahan dan teguran..... Bukan mudah menjadi ketua kepada guru-guru senior yang banyak pengalaman dan ragam.. .Tapi tak dinafikan... aku bertuah kerana diberi barisan guru-guru yang komited dengan tugas dan boleh bertolak ansur..
Mula minggu depan akan kembali rutin menjadi guru..setelah seminggu tak ke sekolah.... Barangkali ada tak sesiapa tertanya ke mana aku menghilang selama seminggu......???? Apa-apa pun besuk ada LADAP. Dan di sebelah tengahari mendapat jemputan rakan-rakan rapat di Raja chulan, untuk lunch....
    Apa-apa pun rasa nak tidur puas sikit malam ni....hehehehe

Ahad, 1 Januari 2012

Selamat Tinggal SMK. Raja Chulan...

      Bohonglah kalau aku katakan... aku tak rasa sedih hendak meninggalkan sekolah ku ini.... Dan perasaan ini kian menebal bila dah masuk tahun baru..... 16 tahun ..( tolak dua tahun aku cuti belajar ) bukan satu waktu yang pendek.....
 Di dinding ini pernah kulakarkan mural lukisanku... malangnya, telah dipadam, diganti dengan banner cetakan komputer ini...... dan hingga kini hanya aku yang nampak lukisan itu masih di situ...
Kalau tak silap selama aku bertugas di sini ... 5 lukisan sudah aku lakarkan di sini... tapi dipadamkan bila ia kian pudar..
 Pada orang lain... kawasan ini mungkin tidak memberi makna... tapi pada aku di sini ada kenangan yang aku tinggalkan... sebahagian pokok-pokok  hiasan di sekolah ini aku yang beli,
Inilah tempat aku beroperasi... bila tiba musim kerja kurus terutamanya... batik....
sekian lama di sini, aku tak ada bilik seni.. aku guna mana saja tempat yang sesuai untuk melaksanakan tugas aku sebagai guru.
 Inilah bilik aku... bilik seni, merangkap bilik stor... semua perabut di sini aku ambil dari perabut yang sudah dihapus kira... Oh ya... bilik ini asalnya tandas pelajar... kemudian dibahagi dua dengan siaraya...
        Aku tak ada meja dan kerusi di bilik guru... tiap kali menanda tempat...tempat aku pasti diambil orang.... sebab aku jarang-jarang di bilik guru... terutama sekali bila time guru pelatih datang.... bila guru sama sesak dengan pasaraya.....hehehhehe apa-apa pun aku selesa sendirian di sini bertemankan radio dan kadang-kadang pelajar dari kelas berhampiran yang datang melepak....
 Bilik ini walaupun agak sempit dan kadang-kadang melemaskan juga... bila aku lama sangat tak keluar-keluar kerana kerja yang banyak.... tapi di sinilah tempat aku melepaskan sesak nafas kerana kekangan kerja... tension dan pernah juga menangis....sendirian melepaskan perasaan yang menyesak jiwa....
 Bangku-bangku batu ini... begitu lama aku cuba relisasikan... cuma bila kawan aku sendiri yang menjadi HEM... baru la ia jadi kenyataan... semuanya kerana budget untuk keceriaan... Seronok, dari lakaran menjadi kenyataan... cuma aku ingat nak ajak budak-budak melukis pada batu-batu tu tapi nampaknya tak sampai hajat......

 Kolam ini aku beli di awal tahun 2000....tahunnya aku tak ingat. Bertahun aku yang jadi ketua pentas buat kolam buatan sendiri untuk hiasan pentas.... akhirnya aku beli kolam fiber ini untuk memudahkan kerja aku... tapi malangnya beberapa tahun kemudian.. dia bocor. Kerana sayang dan takut ia dibuang... jadi aku tanam pokok bunga di dalam nya...


 Laluan ke pejabat dan ke bilik guru.... di depan pejabat ada kolam yang telah kering airnya kerana bocor,...Di kolam ni, pernah menjadi tempat "bermain " untuk anak-anak aku....heheheh... tau ajelah budak dengan air...
Inilah rupa tangga di SMK Raja Chulan.... hanya setingkat. Kalau ini pun aku semput, tak tahulah di sekolah baru nanti..
Laluan datang dan balik....

Satu lagi tempat yang paling sedih nak aku tinggalkan....masa aku ambil gambar
 ni.. anak-anak pengawas aku sedang mengemas dan menyusun semula rak-rak buku....semua tugas yang dibuat tak perlu diarah..... mereka datang waktu cuti pun aku tak suruh... tapi mereka sendiri yang menyusun jadual tugas mereka sendiri......

Bayangkanlah.... rak buku yang selama ini di sebelah kanan bilik ini sudah berpindah ke kanan... dalam sehari dah berubah.......




     Inilah satu-satunya mural yang aku tinggalkan.... hasil tangan aku sendiri.. tapi dah pudar dimakan masa... aku yakin... tahun depan pasti ia akan hilang dari pandangan.... dicat baru.  Di asrama ada beberapa lakaran aku.... yang diwarnakan oleh pelajar. Dan lukisan batik aku masih tergantung di bilik gerakan.


Barangkali sesiapa yang membaca entri aku kali ini, faham apa yang aku rasa ....16 tahun bukan satu masa yang pendek... bayangkanlah dari anak aku dalam kandungan...hingga anak aku masuk ke tingkatan 4.... Memang banyak kenangan....sedih, manis... pahit....suka duka... itu lumrah bagi semua orang.... dan bukan mudah untuk memulakan sesuatu yang baru...

Tahun baru...sekolah baru.. pengetua baru... kawan-kawan baru... tugas baru... semuanya baru...

SMK Raja Chulan... selamat tinggal... kau tetap dihatiku.....