Rabu, 29 Februari 2012

Bilik Seni SMK. Seri Ampang, Ipoh

        Dah lama aku tak menulis tentang sekolah.... Dan sebenarnya, aku pun dah jarang-jarang bermain dengan kamera...tapi apa-apa pun, aku ingin nak menulis tentang bilik seni tempat aku mengajar sekarang.....

 Bilik ni memang cukup selesa untuk buat aktiviti...alat bahan pun cukup... cuma yang buat aku selalu mengeluh, kerana ia di aras dua... bangunan dua tingkat . Di tingkat paling atas... Aku sering tertanya-tanya siapa arkitek yang macam tak cukup akal... buat bengkel seni di tingkat atas....hahaha ( macamlaa  aku cukup akal...) sebabnya bila dah tercampak di atas ni... siapa pun tak boleh nampak apa aktiviti yang berlaku.... Habis tu... macamana nak ransang pelajar lain meminati seni visual....

Sejak di sekolah ini... bekalan wajib aku ke sekolah ialah air mineral ini... Naik saja ke atas.. memang dah habis sebotol... semputtttt.... dan sebotol lagi aku simpang untuk pelajar yang ke hausan..... jadi tak payah turun cari air...
aktiviti pelajar tingkatan 5 untuk kerja kursus...buat ikat celup

    Buat aktiviti kat bilik seni memang seronok.... tapi yang tak seronoknya... adakalanya pelajar tak kemas balik...di tinggalkan berus tak bercuci.. warna tak berkemas... siapa yang susah.... cikgu jugaaaa.... Kena pula, jadual aku sering berakhir dengan waktu rehat atau waktu balik.... bunyi je loceng... budak-budak macam kambing keluar kandang... kalau terlepas pandang... mereka lari macam tu saja...
Menariknya tahun ini ada seorang pelajar dari Jerman... ( program pertukaran pelajar).. waktu subjek sejarah... dia datang cari aku di bilik seni...
Memang apa-apa pun dalam hidup ini ada baik dan buruknya... Kena redha ajelaaa...... Apa-apa pun happy juga sebab aku ada ruang untuk bersendiri di sekolah ini....

Sabtu, 25 Februari 2012

sebaris kata..jutaan rindu...

Sudah lama rasanya tak menulis.... sibuk. oppsss bukan... saja menyibukkan diri... lari dari tekanan....macam-macam......

     Sebenarnya terasa malu nak menulis... sebab bila nak menulis, hanya hal anak-anak dalam kepala.... Puas aku pujuk hati.... Nikmat Allah tak datang percuma pasti dengan ujianNya.... Memang waktu ni Allah tengah menguji aku dengan anak-anak.... ( bapak anak-anak pun sama....hehehhe )

    Dulu si Hakim saja menguji sabar aku... sekarang si Faiz pun dah mula tunjuk belang.....aduiiiiiii.... Aku memang ingin bercerita... tapi rasanya dah malu... sebab aku rasa anak aku tak macam anak orang lain.... yang happy nak ke sekolah...Dan aku pun dah kena tebalkan muka dengan kawan-kawan di sekolah... bila ada yang bertanya.... Anak kak datang sekolah tak hari ni...?????

    Dan entahlaaa... semua ni buat aku hilang mood.... nak menulis pun hilang mood....letihhhh...lesu... rimas... buntu...

Sabtu, 11 Februari 2012

BLOG BARU

    Aku baru saja membina blog baru.... khusus untuk pelajar dan peminat seni visual.... Dan sempena aku kembali memegang jawatan Ketua Panitia PSV di SMK Seri Ampang....

kalau berminat boleh laa jengok... di  www.roslainisaad.blogspot.com

Jumaat, 3 Februari 2012

Hakim... anak bertuah...

      Masa Hakim dilahirkan dulu.. aku rasa bertuah, sebab dapat merasai proses melahirkan secara normal..walaupun doktor kata tidak normal juga sebab kena vacuum... tapi apa-apa ajelaa... asal perut tak dibelah. Tidak seperti adik beradiknya yang lain semuanya melalui proses pembedahan...  Dan perkara ini selalu aku ceritakan pada Hakim... supaya dia faham, dia agak berbeza dengan yang lain.

     Membesarkan Hakim... bukan perkara yang mudah. sebab Hakim agak Hyper aktif.... tak mahu duduk diam. Kalau masuk ke bank atau tabung haji... aku terpaksa menahan malu kerana kerenah Hakim yang tak mahu duduk diam macam budak -budak lain. .. Hakim tak boleh aku bawa ke mana-mana mesyuarat.... jawapnya aku kena balik awal. Paling senang cakap.. Hakim memang nakal dari kecil...

Dan bila dia kian remaja.... tugas aku sebagai emak lebih tercabar....  Sejak aku bawa Hakim berpindah sama ikut aku ke sekolah baru... memang banyak ujian menguji sabar aku .Aku ingat bila bawa ke sekolah baru... Hakim nak berubah, rupanya tidak.... Bayangkan aku yang jadi guru kelas terpaksa menanda kosong setiap hari pada kehadiran Hakim... belum lagi kes datang lambat... Sebenarnya dia keluar lebih awal dari aku setiap pagi... tapi singgah di mana dulu aku tak tahu... Kalau aku ajak naik kereta .. langsong tak nak ke sekolah.....

      Tapi hari ni.. datang pula kes baru. Ada pelajar bagi tahu kat guru disiplin, dia merokok di sekolah.... Bila aku tanya pelajar berkenaan, dia kata semalam.... buat aku nak ketawa.. sebab semalam Hakim tak datang sekolah, sebab bangun lewat....Kebetulan, Hakim ada di bilik guru dipanggil ustaz yang mengajarnya.. aku cium mencari bau rokok tapi tak ada....alhamdullillah......

       Aku tahu Allah memang sedang menguji aku dengan anak bernama Fauzan Hakim ini..... anak yang selalu membuat aku serba salah. ... . Nak dimarah salah, tak dimarah salah.... kadang-kadang aku lebih suka dia tak hadir ke sekolah... sebab kalau dia hadir, mesti ada kes.... tapi kalau tak hadir... aku juga yang susah.....sebab dia pelajar sekolah....dia kena ke sekolah...

Apa-apa pun sebagai emak aku yakin Hakim, akan berjaya.... sebab Hakim jenis yang tak kisah tangannya kotor untuk buat kerja.... dia tak kisah upahnya sedikit, asal dia boleh bekerja.... cuma buat masa ni aku kadang-kadang buntu untuk bagi tahu Hakim pentingnya pendidikan... dan pentingnya disiplin... dan pentingnya jati diri.. apa yang perlu didahulukan...

Hakim sebenarnya separuh kanak-kanak dan separuh lagi merasa dirinya sudah dewasa.... sebab tu aku jadi susah... sebab sukar nak mendengar kata. Moga doa aku sebagai emak Allah perkenankan... lembutkanlaa sikit hati si Hakim.... bukakan pintu hatinya untuk mendapat ilmu.. beri kesedaran padanya tentang pentingnya segalanya ini untuk dia... dan semoga dia tak tersesat jalan...AMINN....