Khamis, 31 Mei 2012

Inilah percutian ku.....

     Sudah 3 malam , My suam balik ke rumah.... Walaupun terpaksa berkerusi roda, aku tetap bersyukur semuanya selamat.. Namun, tak dinafikan banyak rutin baru yang terpaksa dilakukan...dan banyak juga aktiviti masa cuti ini yang tak dapat aku lakukan.... 
     Perkara pertama yang terpaksa aku lakukan ialah mengubah beberapa perabot untuk memudahkan pergerakkan kerusi roda ke tandas dan keluar rumah. Mulanya aku bercadang nak pecahkan dinding buat satu lagi pintu tembus ke tandas dari dalam bilik.. tapi ternyata My suami  lebih suka duduk di ruang tamu berdepan dengan tv dan kami semua... sebenarnya rumah aku ni, ruang tamunya bersambung terus dengan ruang makan dan dapur...jadi ianya jadi lebih mudah untuk diurus.

    Sebelum balik dulu, My suami cukup risau tentang ke tandas... tapi ternyata bila dia balik keadaan tidaklah sesusah yang difikirkan..Malah tugas menolak dia ke bilik air boleh dilakukan oleh si Kecik dengan mudah.. cuma yang aku kesian, bila My suami nak bangun dari katil ke kerusi roda...memang sungguh sukar...jenuh berpaut pada tongkat baru boleh bangun.. pun kadang-kadang perlu dibantu oleh si Faiz dan si Hakim....

      Dan rutin baru yang terpaksa aku lakukan juga ialah membawa My suami pergi mencuci luka pada kaki sebelah kanan . Ini perlu dilakukan kerana My suami pengidap diabetis.. yang perlu diberi perhatian setiap hari supaya lukanya tidak bertambah besar. Nasib baik juga sekarang ini time cuti sekolah... kalau buka sekolah nanti keadaan tentu jadi kelam kabut ...sebab lepas sekolah aku kena terus bawa my suami ke hospital..

     Dan paling aku rasa lega...kerana buat masa ini...Faiz masih lagi belum aku daftarkan semula persekolahannya....Jadi pada dialah nanti yang aku harapkan dapat menjaga ayahnya bila aku ke sekolah. Razi walaupun sedang bercuti...tapi dia dah mula kerja sementara sejak mula bercuti dulu..
Memang Allah Maha Kaya... kalau tidak pening juga kepala memikirkan bagaimana aku harus mengurus semua ini...

Apa-apa pun aku tahu semua ini ujian Allah pada aku...semoga tabah menghadapinya....

Isnin, 28 Mei 2012

Alhamdullillah...

Alhamdullillah. ....hari ini genap seminggu My suami masuk hospital...dan sehari ke sehari  keadaannya bertambah baik... dah boleh duduk dan ke tandas.
 Buktinya lihat saja gambar di atas...dah boleh duduk dan berfacebook...



Pengalaman menarik..siapa sangka jumpa pula si Shahir AF di wad ini... kerana datang ziarah bapanya yang sakit. Pada hari aku bergambar ini...bapanya dah dibenarkan balik..

wajah si Razi yang keletnihan. Malam menjaga ayah kemudian terpaksa balik ke kampong Bota
untuk mengambil kerusi roda untuk ayahnya... 
                        Si Kecik dan laptop..setia menunggu ayahnya.. Dah boleh diharap menolak kerusi roda ayahnya ke tandas..
Si kecik ni bagusnya dia bukan jenis yang geli  untuk bantu ayahnya ke tandas...terharu juga tengok dia sabar menunggu ayahnya...di tandas.








Sabtu, 26 Mei 2012

Salam dari Hospital...

       Hari ini dah masuk seminggu aku b erulang alik ke hospital... Tapi alhamdullillah, semuanya beransur baik....Dan my suami pun dah dibedah untuk dimasukkan besi hari jumaat lepas... walaubagaimana pun...semuanya masih semua urusan di atas katil. Insyaallah sehari dua lagi mungkin dibenarkan balik..

       Anak-anak alhamdullillah...setakat ini turut bagi bantuan., bergilir gilir menjaga si ayah...terutama si kecik, begitu setia menunggu ayahnya dan sanggup bermalam dengan aku untuk menemani si ayah...
   Apa apa pun setiap kejadian ada hikmahnya.. Semalam aku dikunjungi oleh rakan sama sekolahku semasa di tingkatan satu....Kami sama -sama tinggal di asrama..lebih kurang 35 th dulu.. Walaupun kami sama sama tinggal di Ipoh, baru sekarang bertemu kerana baru dipertemukan semula di facebook..

Selasa, 22 Mei 2012

Allah menguji...Aku pasrah...

   Belum selesai bab anak-anak.... datang pulak kisah baru...My suami accident dan ditahan di haospital...

    Hari tu aku di pejabat bertanyakan tentang kenaikan pangkat time base yang terlepas pandang oleh orang pejabat..bila aku terima call dari My suami mengatakan dia accident....on the way ke pejabatnya di Perlop 1. Hari tu dia kena kerja shift pukul 2 ptg... Aku tak terkata apa.. malah orang di pejabat pun aku tak cerita... cuma berdetik dalam hati... apa yang aku jangkakan selama ini benar-benar berlaku.... Aku memang melarang My suami naik motorsikal berulang alik ke tempat kerja... tapi orang lelaki ni kadang kala ada degilnya......

     Dia terbabas selepas mengelak dari bertembong dengan sebuah lori... dan berlanggar sign board....Nasibnya baik kerana tempat kejadian tak jauh dengan pejabat. Jadi dengan abantuan rakan-rakan sepejabat... mereka menghantar dia balik ke Ipoh dan terus ke hospital besar Ipoh.... Kerana kepenatan aku suruh Hakim dulu menemani ayahnya, di wad kecemasan...dan aku menyusuli selepas asar dengan Razi yang baru balik kerja....

     Hingga lewat tengah malam.. baru doktor membuat keputusan untuk menahannya di wad, setelah beberapa kali membuat x ray dan scan.... doktor beritahu..ada keretakan di bahagian paha dekat punggung... dan operation kecil perlu dilakukan.... Tapi kerana dia ada diabetes.... operation tu mungkin mengjadi rumit.. kerana banyak perkara perlu diawasi... terutama luka pembedahan...

    Terus terang aku katakan... aku tak tahu apa perasaan aku sebenarnya..... Memang orang akan nampak aku seperti orang yang tak susah hati.... malah aku masih boleh ketawa dengan anak anak....tapi mungkin juga... selama ini aku sudah menjangka kemungkinan situasi ini akan aku alami..... yang perlu aku hanya redha....dan pasrah...

    Malam ini malam kedua suami ku tidor di wad.... cuma aku kagum dengan anak-anak... tidak meninggalkan ayah sendirian... Malam ini , Faiz yang ditugaskan menunggu si ayah... Pagi tadi si Hakim...dan aku datang lepas asar...hingga pukul 1o malam tadi.
   Dan kerana si ayah tak boleh bangun... kenalah kami anak beranak belajar bagaimana nak mengurus bila si ayah nak membuang.....walau ada jururawat... sedikit sebanyak dapat juga kami belajar mengurusnya....( aku memang alah bab ni......aduuuiii

  Lepas ini aku tahu... banyak agenda aku terpaksa dibatalkan..... keutamaan mesti diberi pada My suami... dan aku  malas nak fikir berapa lama My suami terpaksa dalam keadaan begini... apa yang aku doakan dia cepat semboh.... apa-apa pun aku pasrah....aku hanya hamba yang lemah....

Ahad, 20 Mei 2012

Gaya seorang pendeklamasi puisi..

 Perayaan hari guru baru ni ... aku dapat peluang baca sajak " anak Muridku..."..
 Aku perasan... tahap keyakinan ku berdiri depan orang dah kian mantap...hehhee 
Kalau dulu mesti ada getaran dalam ucapan...
 Sebenarnya bukan mudah untuk berdiri depan perhimpunan untuk membaca puisi sebegini.
Walaupun hari hari bercakap depn pelajar.. Tapi mungkin benar kata My suami.. aku dah buat training setiap pagi melaung anak-anak bangun tidor...hehehehe jadi lontaran suara itu dah jadi perkara biasa......

Khamis, 17 Mei 2012

MY True colour...

       Semalam sambutan hari guru...meriah sungguh.  Aku diberi kepercayaan membacakan puisi ' Anak Muridku ' hasil nukilan seorang penyair Indonesia.. malangnya aku tak tahu siapa namanya, kerana rakan guru yang meminta aku mendeklamasikan sajak hanya mencatat puisinya tanpa mengambil nama penulis....( ermmm...kalau bukan berjiwa penulis biasalah begini...ambil lauk tukang masak tak diperduli ...  Sambutan pelajar-pelajar bila aku membacakan puisi ...sungguh luar biasa. Semasa naik ke pentas pun ...anak-anak muridku dah riuh bersorak... ( budak-budak kelas hujung memang suka bersorak... aku pun melambai tangan umpama seorang bintang naik ke pentas...hahahhahah kelakar pun ada... sayangnya aku tak bawa kamera... dan aku masih menanti gambar yang diambil oleh sidang redaksi sekolah....Dan bila aku melangkah turun...aku dapat pujian dari rakan-rakan guru dan pelajar.....
hadiah hari guru yang aku terima.
    Tahun ni.. pecah juga rekod dapat hadiah banyak... Rupanya di sini budayanya, setiap kelas wajib sediakan hadiah untuk guru yang mengajar....  jadi kalau aku mengajar 9 kelas... 9 hadiah laa aku terima termasuk hadiah dari PIBG jadi 1O... jadilah walaupun pen dan epal. Sterika tu, aku dapat dari acara tukar-tukar hadiah dengan kawan-kawan guru....acara suka suka...siapa nak join beli hadiah... dan kami bertukar hadiah.... Paling sukanya aku kerana dapat apron...hahahha macam tahu aku memang memerlukan apron di bengkel.

       Tapi ini cerita semalam.... hari ini lain pula ceritanya....Barangkali hari ini lebih menampakkan warna aku yang sebenar.... Aku backing anak aku sendiri ...siapa lagi kalau bukan si Hakim. Sehari dua ni...alhamdullillah, kehadiran Hakim ke sekolah memang boleh dipuji..walaupun kadang-kadang lambat....Dan sejak mula peperiksaan Hakim memang datang ke sekolah... Aku sebagai emak memang lega... walaupun, aku tahu Hakim bukan menjawab sangat... kadang-kadang tidor dalam dewan peperiksaan....  Tapi aku hangat hati dengan cikgu disiplin... time budak nak exam, masa tu sibuk laa mereka nak ambil tindakan...Lagipun yang aku marah, rambut si Hakim bukan panjang pun... cuma di trim lagak budak nakal... semalam Hakim dah minta duit nak betulkan rambut....  dan aku pun dah puas hati walau pun tak capai 1OO peratus...Rupanya cikgu disiplin tak puas hati lagi... lebih sakit hati... marahnya dalam bilik guru.... time rehat pulak tu.

      Aku tahu... cikgu cikgu disiplin semua cikgu muda ... anak anak  masih kecil.  Time anak anak masih mengikut kata. Anak-anak aku masih kecil pun masih taat.. masih dengar cakap... Aku bukan backing anak ...tanpa fikir.... Anak aku hadir ke sekolah pun dah besar rahmat..sekarang mereka nak ganggu anak aku... Kalau kesalahan besar dilakukan aku tak marah sangat... pasal rambut saja.. yang pada mereka tak molek... Kalau panjang aku pun marah... Dan hari ini ... aku tengok Hakim menangis..... aku pun rasa nak menangis....

      Memang aku tahu... rakan-rakan guru tak akan faham kenapa aku backing Hakim...kenapa aku melindungi anak aku... kerana mereka tak rasa apa yang aku rasa... Paling aku kecil hati dengan guru kelas si Faiz... bila aku nak berbincang pasal si Faiz langsung tak ada masa... bercakap dengan aku pun mahu tak mahu... nasib baik HEM  sekolah aku baik....
      Ada rakan guru pandang aku dengan ekor mata.... bila bercakap tentang pelajar bermasalah tak pernah fikir perasaan aku yang ada anak bermasalah, salahkan ibubapa sedap sedap mulut...... cuma ada seorang dua yang memahami... kerana dia pun ada anak seperti anak aku...

     Maaflah aku katakan... hari ini aku cuma berdoa... sesiapa saja yang tak faham apa yang aku rasa...biarlah satu hari nanti mereka juga merasakan apa yang aku rasa.....supaya mereka faham apa yang aku rasa....Allah Maha Kaya... dan Allah Maha Adil....

Ahad, 13 Mei 2012

Aku Redha...

....Esuk aku kena buat keputusan untuk memberhentikan Faiz dari sekolah . Ini semua terpaksa aku lakukan setelah aku buat perbincangan dengan pihak HEM.. Mahu tidak mahu Faiz kena diberhentikan untuk mengelak tindakan tatatertib dibuang sekolah.... Kalau dah dibuang, jawabnya dah ada rekod yang kurang baik.

      Aku pun sebenarnya kena redha.... Yakin dengan ketentuan Allah, rezeki , jodoh, maut ditanganNya..... Yakin bahawa masa depan anak aku, bukan ditentukan oleh manusia... tidak berjaya dalam akademik bukan berakhir semuanya....

      Sebenarnya, sehari dua ini...terasa lega sikit...Faiz dah mahu keluar rumah. Dah bercakap balik pasal impiannya... walaupun masih dingin tentang sekolah....Bila dia begitu pasif...keluar rumah pun tak nak...turun ke bawah bila lapar sahaja...memang merisaukan ....lebih risau dari dia tak ke sekolah.

    Tak kisahlah... kalau orang kata aku tak pandai didik anak.... tapi kalau sesiapa di tempat aku.. barangkali mereka akan tahu, betapa peritnya berhadapan dengan situasi begini. Tapi terus terang... bila aku meletakkan takdir Allah SWT. di tempat pertama... dan Allah SWT  lebih mengetahui apa yang aku lalui.. aku jadi lebih tenang.... INSYALLAH....