Isnin, 5 Julai 2010


Terlebih dahulu, saya mohon maaf kerana tak dapat menyiarkan secara detail teknik penghasilan gubahan sirih junjung ni..... sebab saya buat sirih junjung ni di rumah kenduri,..Malu juga nak ambil gambar....

Okay... secara ringkasnya idea menggunakan bakul ni datang secara spontan, sewaktu membelek-belek majalah.. Polestrin putih digunakan sebagai tapak untuk gubahan berdiri. Boleh juga digunakan form hijau untuk gubahan bunga hidup. Untuk kukuhkan tapak, perlulah dikat atau di selit lidi satay supaya tapak tidak terbalik..
Proses dimulai dengan mengikat hujung tangkai daun sirih dengan lidi satay supaya boleh dicucukkan ke polstrin...Untuk nampak rimbun, ikat sekali 3 helai daun pada satu cucuk. juga dengan menutup polistrin yang berdiri dengan daun sirih.. secara telentang..
Proses seterusnya, cuck bunga hidup secara seimbang warna.. pilihan warna biarlah pelbagai... untuk nampak lebih ceria..
Akhir sekali , tambah daun paku pakis, untuk menutup di sebelah bawah dan hiasi bakul dengan dua tangkai bunga orked....

Okay... gubahan sirih junjung telah siap.....selamat mencuba..!!!!