Sabtu, 24 Oktober 2009

BaTIK...WARNA DUA LAPIS

Pada peminat-peminat batik...mereka boleh memilih samada ingin warna selapis atau warna dua lapis...
Untuk mewarnakan batik dua lapis...warnakan dulu batik seperti biasa..dengan warna lapisan pertama. Anda dinasihatkan mewarnakan dengan warna-warna yang muda supaya warna kedua lebih mudah masuk..




Biarkan dahulu lapisan warna pertama kering..



Kemudian tambahkan corak atau motif yang dikehendaki...


Masukkan warna lapisan kedua...untuk mendapatkan corak yang lebih ekslusif.

Kita perlu bijak memilih warna yang sesuai...supaya hasilnya lebih menarik.


Hasil terakhir....satu hiasan dinding yang ekslusif.






Jumaat, 16 Oktober 2009

Mengait.....projek baru..

Baru-baru ni sewaktu mengemas, terjumpa sebuah buku mengandungi patern-patern untuk mengait jarum satu. Aktiviti ni sudah lama saya tinggalkan. Sedangkan di zaman remaja ia salah satu aktiviti yang paling disukai. Malah dapat menghasilkan berbagai alas meja , pakaian anak dan selimut anak serta sebagainya...
Sebenarnya saya terlintas nak mengait kerana terkenangkan zaman semasa menanti keputusan SRP dulu.. Pengisian masa di sekolah sebelum cuti dipenuhi dengan mengait benang untuk dijadi kan shawl, alas meja dan sebagainya. Malangnya anak-anak gadis sekarang bagai tak tahu nak buat apa dengan masa yang terluang.....
Semasa mengawas kelas Pasca PMR, saya dah war-warkan kepada pelajar yang berminat nak belajar, supaya membeli benang dan jarum, dan saya boleh ajarkan.... Kalau mereka berminat.......

Khamis, 15 Oktober 2009

Warna Latar.

Sebenarnya kita boleh mewarna mana-mana bahagian dulu di dalam proses mewarna batik. Oleh kerana memilih untuk mewarnakan motif dahulu.. jadi seterusnya saya mewarnakan latar belakang atau background untuk batik saya ini.
Warna untuk latarbelakang sebaiknya biarlah kontra atau berlawanan dengan warna motif supaya motif lebih jelas dan timbul..

Gunakan berus yang bersesuaian supaya warna tidak merebak di kawasan lain. Berus yang tirus dan tajam di hujung agak sesuai berbanding dengan berus yang lebar .


Kita boleh memilih untuk mewarna satu warna atau pun dua warna untuk latar. Saya lebih suka mengggunakan dua warna yang harmoni tapi kontra supaya tidak menimbulkan kebosanan.



Rama-rama adalah unsur kontra dalam rekaan. Untuk menimbulkan satu unsur yang berbeza. Warnakan dengan warna yang kontra dengan warna latar.


Hasil akhir warna latar.

Bagi sesetengah pembatik, karya ini boleh dianggap sebagai sebagai telah siap.Tapi sekiranya inginkan kelainan kita boleh menambah lilin dan mewarnakan lagi batik ini.







Rabu, 14 Oktober 2009

Mewarnakan Batik.

Proses seterusnya dalam membuat batik lukis / canting ialah mewarnakan batik.....
Warna yang digunakan adalah warna yang khas digunakan untuk melukis batik... iaitu remazol

Untuk memudahkan proses mewarna, sapukan dahulu air di bahagian yang ingin dilembutkan warna. ( Warna boleh dimudakan dengan menambahkan dengan air.)

Gunakan berus yang sesuai supaya proses mewarna menjadi mudah dan warna tidak terkeluar dari lilin yang dicanting.

Menyapu air sebelum warna disapukan...

Tone warna yang baik boleh menghasilkan batik yang cantik.
Warna yang baik memberi hasil yang cantik.
















Selasa, 13 Oktober 2009

Cenderahati untuk Kak Norini..... Batik hiasan dinding.

20 hb Oktober 2009 bakal tiba ini adalah hari persaraan bagi seorang kawan malah lebih sebagai seorang kakak..... Dan aku pun terfikir untuk menghadiahkan beliau sesuatu. Batik hiasan dinding.... aku pasti beliau mesti gembira..

Langkah pertama untuk membatik canting ialah memanaskan lilin....( lilin dan rosin). Tahap kepanasan mestilah betul-betul panas bagi mengelak kita mencanting lilin yang sejuk di atas kain.
Proses kedua adalah menyediakan kain.... untuk dicanting. Kain mestilah diregangkan untuk memudahkan kita mencanting...... Untuk mendapatkan latar belakang selain putih...hanya sapukan dengan warna yang dikehendaki tetapi warna mesti nipis. ( campuran air dengan banyak dalam warna )

Seterusnya..proses mencanting. Bagi yang memerlukan corak atau idea... Idea boleh diambil dari alam semula jadi, seperti flora dan fauna. Motif-motif mudah seperti bunga boleh diolah mengikut kreativiti masing-masing. Motif juga boleh diolah dari rupa geometrik.. Atau gabungan motif alam dan geometrik..
Motif flora dan fauna ...tetap ada peminatnya.


Untuk mereka yang baru mencuba untuk membatik....anda dikehendaki menekap corak di atas kain menggunakan pensil...Kemudian barulah diikuti dengan canting.

Close-up....signature...
Akan bersambung ..untuk proses mewarna.....




Isnin, 12 Oktober 2009

sejambang bunga di sudut rumah...

Memahami tentang asas seni seperti warna, jalinan, ruang dan prinsip-prinsip rekaan seperti harmoni, keseimbangan, kontra dan lain-lain.... memudahkan kerja menyusun bunga. Dan yang lebih perlu adalah kreativiti supaya susunan lebih menarik.

Ahad, 11 Oktober 2009

Secalit warna bermula....

Hari ini saya mulakan blog ini...khusus untuk peminat warna dan seni.....