Khamis, 15 Oktober 2009

Warna Latar.

Sebenarnya kita boleh mewarna mana-mana bahagian dulu di dalam proses mewarna batik. Oleh kerana memilih untuk mewarnakan motif dahulu.. jadi seterusnya saya mewarnakan latar belakang atau background untuk batik saya ini.
Warna untuk latarbelakang sebaiknya biarlah kontra atau berlawanan dengan warna motif supaya motif lebih jelas dan timbul..

Gunakan berus yang bersesuaian supaya warna tidak merebak di kawasan lain. Berus yang tirus dan tajam di hujung agak sesuai berbanding dengan berus yang lebar .


Kita boleh memilih untuk mewarna satu warna atau pun dua warna untuk latar. Saya lebih suka mengggunakan dua warna yang harmoni tapi kontra supaya tidak menimbulkan kebosanan.



Rama-rama adalah unsur kontra dalam rekaan. Untuk menimbulkan satu unsur yang berbeza. Warnakan dengan warna yang kontra dengan warna latar.


Hasil akhir warna latar.

Bagi sesetengah pembatik, karya ini boleh dianggap sebagai sebagai telah siap.Tapi sekiranya inginkan kelainan kita boleh menambah lilin dan mewarnakan lagi batik ini.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan