Khamis, 13 Mei 2010

Siapa sebenarnya bersalah...????

Sehari dua ni kecoh pasal insiden , polis menembak remaja. Bukan satu tapi dah dua kes...dan yang lebih malang remaja yang seorang tu meninggal....

Aku membaca banyak versi... dari versi yang menyalahkan polis dan versi yang menyalahkan remaja tersebut.... Memang betul lah...bila kejadian ini tak terjadi pada anak kita sendiri, mungkin kita kata polis tak salah..tapi bila kejadian ini berlaku pada anak kita sendiri, kita tunding jari kata polis yang salah....
Kesian juga pada anggota polis yang kena dakwa tu...macamana keluarga dia, anak-anak dia... padahal dia cuma menjalankan tugas...Kalau ikut otak aku yang tak berapa bagus ni...logiklaa dia tembak, sebab budak tu tak berhenti...dah tu dalam gelap, kita tak tahu siapa yang bawa kereta..kalau betul-betul penjenayah macamana...???
Kenapa sampai begitu takut sampai polis tahan tak berhenti....Sebab tu, aku pesan kat anak-anak ..Kalau polis tahan berhenti, kau salah ke tidak berhenti....polis dengan kerja dia..Saman boleh dibayar, nyawa hilang siapa nak ganti...???
Aku simpati dengan keluarga remaja yang meninggal...aku juga seorang emak..Tapi patutkah kita salahkan orang lain, kalau anak kita sendiri yang keluar malam, bawa kereta tanpa lesen, dan tak berhenti bila polis tahan...???
Pihak polis pula ada cara lain tak selain menembak...?????

Cuma yang aku risau, satu hari nanti... polis pun tak nak menembak walaupun penjenayah,...sebab salah tembak mereka kena dakwa.... sama macam cikgu-cikgu hari ni, tak nak merotan, mendenda...sebab kalau salah rotan, denda...cikgu pula kena saman.... siapa nak tanggung risiko...???

Apa nak jadi lepas tu yer...guru tak nak merotan, polis tak nak menembak....ermmm....fikir-fikirlaaahh...nak selamat ke tak selamat...

Isnin, 3 Mei 2010

Program Nilam

Isnin, 3hb Mei 2010...Hari ini aku datang ke sekolah setelah MC hari Jumaat..Sebaik menanda kehadiran, As , pembantu pejabat dah serah satu surat....mengenai program nilam.
Aduhh... lemah aku...!!! Surat meminta sekolah menghantar calun nilam untuk pertandingan peringkat daerah. Tak hantar kena hantar surat tunjuk sebab ke PPD.....
Sudahlah aku tak hadir mesyuarat hari Khamis di PKG..aku dah tak larat sangat selepas majlis sekolah sebelah pagi.....dan Jumaat aku ambil MC, rupanya pegawai penyelaras PKG tu datang ke sekolah...alahai...!!!, tentunya jumpa pengetua laaa....
Nasib baiklaa..pengetua moodnya baik. ..Pagi ni aje, beberapa kemenangan diumumkan di perhimpunan pagi serta penyampaian hadiah. Antaranya pertandingan kompang formasi., dapat no 3. Pidato di raja dapat naib johan, dan catur dapat no 2, layak ke pertandingan peringkat negeri. Lebih-lebih lagi hatinya masih seronok tak habis kerana kejayaan kami melaksanakan Majlis Anugerah Cemerlang serentak dengan Hari Kokurikulum dan merasmikan taman herba..... Pagi tadi panjang lebarlaa dia memuji kami...
Berbalik cerita tentang pertandingan program nilam ni....aku pun mencari ketua pengawas pusat sumber ku yang begitu dedikasi... Mereka memang dah dapatkan data program nilam bagi kelas-kelas, tapi malangnya....Data yang diambil hanya untuk tahun ini. Bila ditanya pada Zuraini, guru Pusat Sumber sebelumnya, rupa-rupanya jumlah buku dikira sepanjang pelajar itu berada di sekolah...maksudnya kalau dia di tingkatan 4, jumlah buku yang diambil adalah dari dia di tingkatan satu lagi.... Jadi , tadi diedarkan lagi satu borang untuk dua kelas 4RK dan 4SA..untuk mengesan calun yang layak... Sebenarnya dah ada satu calun layak...tapi dia masih di tingkatan 3...alahai...calun dicari mesti dari tingkatan 4.
Terus terang aku katakan... kalau kerja-kerja macam ni memang aku lemah..... tapi kalau program yang tak melibatkan orang lain, aku boleh laksanakan dengan cepat sikit...contohnya, blog Pusat sumber aku.... hahaha.... tanpa paper work, tanpa perancangan panjang lebar...aku dah berjaya laksanakan.. dan pengetua pun dah suka.. Cuma yang letihnya nak jadi reporter dan photografer..kena kejar setiap function.. anyway, aku cadang bila masuk je tingkatan 6 rendah, aku nak offer job tak bergaji ni pada sesiapa yang berminat... otomatik jadi pengawas pusat sumber...
Aku sebenarnya suspen nak tunggu esok.... aku takut tak ada calun yang sesuai untuk program nilam...Apa aku nak cakap kat pengetua....???? Aduhhhh....mati aku..!!!!