Jumaat, 13 Januari 2012

Lega....

      Tugas diamanahkan dah selesai.... aduh lega. Alhamdullillah, semua berjalan lancar dan tahun ni aku dah kian confident dengan tugas yang diberi dan dah mula berani memberi arahan dan teguran..... Bukan mudah menjadi ketua kepada guru-guru senior yang banyak pengalaman dan ragam.. .Tapi tak dinafikan... aku bertuah kerana diberi barisan guru-guru yang komited dengan tugas dan boleh bertolak ansur..
Mula minggu depan akan kembali rutin menjadi guru..setelah seminggu tak ke sekolah.... Barangkali ada tak sesiapa tertanya ke mana aku menghilang selama seminggu......???? Apa-apa pun besuk ada LADAP. Dan di sebelah tengahari mendapat jemputan rakan-rakan rapat di Raja chulan, untuk lunch....
    Apa-apa pun rasa nak tidur puas sikit malam ni....hehehehe

Ahad, 1 Januari 2012

Selamat Tinggal SMK. Raja Chulan...

      Bohonglah kalau aku katakan... aku tak rasa sedih hendak meninggalkan sekolah ku ini.... Dan perasaan ini kian menebal bila dah masuk tahun baru..... 16 tahun ..( tolak dua tahun aku cuti belajar ) bukan satu waktu yang pendek.....
 Di dinding ini pernah kulakarkan mural lukisanku... malangnya, telah dipadam, diganti dengan banner cetakan komputer ini...... dan hingga kini hanya aku yang nampak lukisan itu masih di situ...
Kalau tak silap selama aku bertugas di sini ... 5 lukisan sudah aku lakarkan di sini... tapi dipadamkan bila ia kian pudar..
 Pada orang lain... kawasan ini mungkin tidak memberi makna... tapi pada aku di sini ada kenangan yang aku tinggalkan... sebahagian pokok-pokok  hiasan di sekolah ini aku yang beli,
Inilah tempat aku beroperasi... bila tiba musim kerja kurus terutamanya... batik....
sekian lama di sini, aku tak ada bilik seni.. aku guna mana saja tempat yang sesuai untuk melaksanakan tugas aku sebagai guru.
 Inilah bilik aku... bilik seni, merangkap bilik stor... semua perabut di sini aku ambil dari perabut yang sudah dihapus kira... Oh ya... bilik ini asalnya tandas pelajar... kemudian dibahagi dua dengan siaraya...
        Aku tak ada meja dan kerusi di bilik guru... tiap kali menanda tempat...tempat aku pasti diambil orang.... sebab aku jarang-jarang di bilik guru... terutama sekali bila time guru pelatih datang.... bila guru sama sesak dengan pasaraya.....hehehhehe apa-apa pun aku selesa sendirian di sini bertemankan radio dan kadang-kadang pelajar dari kelas berhampiran yang datang melepak....
 Bilik ini walaupun agak sempit dan kadang-kadang melemaskan juga... bila aku lama sangat tak keluar-keluar kerana kerja yang banyak.... tapi di sinilah tempat aku melepaskan sesak nafas kerana kekangan kerja... tension dan pernah juga menangis....sendirian melepaskan perasaan yang menyesak jiwa....
 Bangku-bangku batu ini... begitu lama aku cuba relisasikan... cuma bila kawan aku sendiri yang menjadi HEM... baru la ia jadi kenyataan... semuanya kerana budget untuk keceriaan... Seronok, dari lakaran menjadi kenyataan... cuma aku ingat nak ajak budak-budak melukis pada batu-batu tu tapi nampaknya tak sampai hajat......

 Kolam ini aku beli di awal tahun 2000....tahunnya aku tak ingat. Bertahun aku yang jadi ketua pentas buat kolam buatan sendiri untuk hiasan pentas.... akhirnya aku beli kolam fiber ini untuk memudahkan kerja aku... tapi malangnya beberapa tahun kemudian.. dia bocor. Kerana sayang dan takut ia dibuang... jadi aku tanam pokok bunga di dalam nya...


 Laluan ke pejabat dan ke bilik guru.... di depan pejabat ada kolam yang telah kering airnya kerana bocor,...Di kolam ni, pernah menjadi tempat "bermain " untuk anak-anak aku....heheheh... tau ajelah budak dengan air...
Inilah rupa tangga di SMK Raja Chulan.... hanya setingkat. Kalau ini pun aku semput, tak tahulah di sekolah baru nanti..
Laluan datang dan balik....

Satu lagi tempat yang paling sedih nak aku tinggalkan....masa aku ambil gambar
 ni.. anak-anak pengawas aku sedang mengemas dan menyusun semula rak-rak buku....semua tugas yang dibuat tak perlu diarah..... mereka datang waktu cuti pun aku tak suruh... tapi mereka sendiri yang menyusun jadual tugas mereka sendiri......

Bayangkanlah.... rak buku yang selama ini di sebelah kanan bilik ini sudah berpindah ke kanan... dalam sehari dah berubah.......




     Inilah satu-satunya mural yang aku tinggalkan.... hasil tangan aku sendiri.. tapi dah pudar dimakan masa... aku yakin... tahun depan pasti ia akan hilang dari pandangan.... dicat baru.  Di asrama ada beberapa lakaran aku.... yang diwarnakan oleh pelajar. Dan lukisan batik aku masih tergantung di bilik gerakan.


Barangkali sesiapa yang membaca entri aku kali ini, faham apa yang aku rasa ....16 tahun bukan satu masa yang pendek... bayangkanlah dari anak aku dalam kandungan...hingga anak aku masuk ke tingkatan 4.... Memang banyak kenangan....sedih, manis... pahit....suka duka... itu lumrah bagi semua orang.... dan bukan mudah untuk memulakan sesuatu yang baru...

Tahun baru...sekolah baru.. pengetua baru... kawan-kawan baru... tugas baru... semuanya baru...

SMK Raja Chulan... selamat tinggal... kau tetap dihatiku.....

Khamis, 29 Disember 2011

Mak Mertua mesti beginikah....?????

       Hari ni, episod akhir cerita " Tentang Dhia"...  Cerita ni rupanya bukan saja menarik minat aku saja  malah satu famili aku.... jarang-jarang anak-anak lelaki aku mahu menonton cerita begini... tapi berbeza dengan cerita Tentang Dhia....
      Dan hari ni juga... aku berpeluang menonton filem Ombak Rindu... melalui You tube...hehehe  walaupun putus-putus..tapi tak kisahlaaa.... sebab aku boleh buat kerja aku yang masih belum selesai...

     Menariknya kedua-dua cerita ni... boleh disamakan dengan cerita Ibu Mertuaku... arahan P Ramlee dulu.... memaparkan emak mertua yang tak sukakan menantu..... Cuma yang tertanya di hati aku.. masih adakah emak mertua yang begini... siap main bomoh-bomoh... macam dalam cerita Tentang Dhia...  logiknya memang ada.. tapi  macam tak masuk akal dalam dunia moden ni. Aku tak nak persoalankan watak menantu yang baik dalam ke dua-dua cerita ni..... hehehe macam tak real kan... tapi watak emak mertua ni... tak bolehkah digambarkan penyayang....hehehhe... tapi nanti tak jadi ceritalaa pulak...hahhahaha.
    Apa pun aku harap tak dapat mak besan yang sampai sanggup mencari bomoh... nak pisahkan anak menantu.... heheheh  sampai diri sendiri pun kena santau. ... harapnya semua ini satu rekaan penulis dan pengarah sahaja... tiada dalam realiti... kalau ada gerun juga... di depan nampak baik, di belakang lain pula jadinya...
P/S : aku ni semua anak lelaki.... kalau nak dapat menantu pun mesti lambat lagi....hahahha saja nak susahkan otak....


Isnin, 26 Disember 2011

seronoknya... bila adik beradik dan anak saudara datang ke rumah.....

      Panjangnya tajuk entry aku yer...hehehhe
tapi inilah sebenarnya perasaan aku semalam....
Ini adik aku Azhar....adik bongsu.  Dia dan keluarga serta kakak-kakak aku , Kak Pidah dan Kak Gayah..
menghabiskan cuti krismas dekat Sanctuary Resort Kuala Gula... Aku tak pergi.
Tapi mula-mulanya 50-50 juga perasaan tu... hati nak pergi.. tapi Mysuami tak nak.. jadi akhirnya tak pergi..
Memang pun aku keletihan.. 5 hari mesyuarat di Kajang.. rehat sehari.. lepas tu..mesyuarat pula di Ipoh... rasa nak patah pinggang juga dibuatnya.. nak selesai kerja dalam 3 hari...
Ditambah pula kain baju yang setambun tak berbasuh.....waduhhhh....bibiknya aku...heheheh
dengan rumah yang huru hara... baju sekolah anak belum dicari...rasanya tak sampai hati nak bersantai...
Anak-anak sedara dan adik ipar ku Akma ( bertudung hitam )

Kak Pidah dan Kak Gayah   
Along Ariff.. anak Kak Pidah

Abang Iparku yang kacak...Abang Tapa.. dah pencen pun.

Tengok aktiviti mereka... menyesal pun ada tak ikut...hahah
Cerita mereka... masa banyak dihabiskan di chalet... dan memancing..cuma tunggu air pasang.. 
memang tepat bagi yang gemar memancing macam adik aku ni..
Yang kecil lain pula aktiviti..
Hasil memancing sambil bercuti... seronok kan...heheh


Sebenarnya aku pun tak sangka mereka nak singgah ke rumah...tapi malangnya, aku lupa pula nak tangkap gambar...aduhh... boleh lupa pulak..

Khamis, 22 Disember 2011

Kajang...Pekan Satay Malaysia....

 Sebenarnya tak tahu nak bubuh tajuk apa kat entry ni... Cuma teringat, bila sebut Kajang mesti ingat satay....
Memang pun, kebanyakkan yang datang sini terus cari satay... Aku dan My suami serta anak pun sama bila sampai ke Kajang. Cuma maaf... gambar tak ada ... sebab tak ada kamera..
 Inilah hotel penginapan aku selama 5 malam .. dari jauh pun dah nampak.
 Bila dah dekat kian jelas... memang ia hotel kelas 5 bintang.
 Macam tahun-tahun yang lalu... tiap kali ada tugas hujung tahun, ada persiapan untuk sambutan untuk Hari Krismas... tapi di mata aku, "kurang sikit" menangkap.. cara deco untuk sambutan ni....
Ini reception counter....di penuhi muka nepal yang jadi pekerja... tiap kali jumpa muka melayu, aku akan tanya... adik orang Malaysia ke.... heheh ( macam jadi pelancong pulak aku...)
 Ini bilik penginapan... luas dan selesa. Lebih selesa kerana sering ditinggalkan keseorangan oleh rakan sebilik. Kalau tak silap 3 malam aku tidor sendirian...heheheh, nasib baik aku ni jenis kuat semangat . Kalau penakut entahla....
 Dan tv ini menjadi teman setia.... sayangnya malam Jumaat aku tak dapat menonton Maharaja Lawak Mega... ada astro, tapi rancangan yang dipilih sahaja... Tentang Dhia... hehehheh tak misss... cuma kelam kabut sikit, pi makan dan sembahyang...
Katilnya memang selesa...hehehheh  sebab tu  tiap kali balik ke bilik.. aku nak terus baring aje..hehehe

m
Makanan memang sedap.... 

 dan menarik di mata.. Waktu aku ambil gambar ni.. tak ada orang . Makanan lain pun dah tinggal sikit....tapi pada aku... Makanan di sini boleh bagi A kena dengan tekak aku....
 Yang ini tak boleh makan...
Dari dekat rupanya dalam botol ni diisi dengan bijrin... dan yang di sebelah satu lagi diisi dengan bahan untuk bubur caca... menarik kan...

P/s ; tak ada gambar persekitaran Kajang... sebab tak ada transpot dan faktor masa.....
apa-apa pun seronok juga dapat sampai ke Kajang ni....

Selasa, 20 Disember 2011

Nak tiru stail GEDEK..

    Dah lama try nak tiru stail GEDEK...
Kat hotel penginapan di Kajang hari tu terpandang iklan ini dekat dengan lif....
sekarang baru faham kenapa GEDEK payah nak senyum..
macam ni...lif dah terbuka nak cepat...hahah tak sempat nak senyum...
GEDEK macamana menjadi tak..????

Selasa, 13 Disember 2011

Kerja dah bermula...

     Sebenarnya sejak minggu lepas, "Kerja Hujung Tahun" aku dah bermula.... Bermula dengan mengambil 'bugkusan-bungkusan' di pejabat Pos Laju .... hinggalah nanti hingga sampai pertengahan bulan januari.. bila semua dah di 'key-in'.... Dah masuk tahun keempat rasanya dah kian faham apa yang nak dibuat...

      Tapi masalahnya tahun ni... bertembung pula dengan pertukaran sekolah aku.... jadi banyaklah kerja lain yang kena aku buat.... minggu sudah saja, aku  check stok.... Hari ini aku selesaikan... pertukaran dua anak aku ke sekolah baru aku.....

      Memang dari tahun lepas aku nak pindahkan Faiz dari sekolahnya sekarang...tapi kena tunggu hingga aku confirm bertukar sekolah... Dan si Hakim pun dah tak mahu tinggal sorang di sekolah lama aku kalau aku dah tak ada.... jadi dia pun aku  tukar ikut aku ke sekolah baru.... ( pengetua sekolah aku mesti happy.... sebab dia memang tak senang dengan budak prestasi rendah... dia tak cakap, tapi aku faham maksud tersirat tiap kali dia berbual denga aku...)

     Besuk aku akan ke Kajang... ada mesyuarat di sana seminggu...... dua tiga hari ni, aku dok buat persiapan untuk ke sana.... tak mahu nanti kelam kabut pulak. ( Bertembong pula dengan majlis pertemuan blogger di Bandar Baru Bangi...  nampaknya tak dapat joinlaa...)

   Tapi buat masa ni... banyak lagi kerja yang tak selesai... nak pergi cuci kereta...nak service tukar minyak hitam...   nak kemas kain baju untuk seminggu....alahai...

                          Balik dari Kajang.... aku kena selesaikan tugas dengan pasukan ku pulak..... alahai...
macam pendek saja masa.... borang serah tugas aku pun belum selesai lagi.... alahai......
sabar saja laaa.....