Jumaat, 8 Februari 2013

Rindu dengan dapur....

Dah hampir sebulan, rumah aku tak berdapur..... Masih dalam renovation. Inilah impian aku selama ini. Ingin mengubahsuai dapur supaya lebih selesa.... Malangnya dah hampir sebulan, dapur ku masih belum siap. Logiknya macamana nak siap kalau sekejap buat sekejap tidak..... buat kerja pun slow.....

    Aduhhh... inilah yang disesalkan bila bagi kepada kontraktor melayu. Bagi kat kontraktor bangsa asing, sudahlah mencekik darah...mahal giler... Sebenarnya aku kalau boleh nak bantu anak bangsa sendiri dalam peniagaan. Bila tengok hasil buatan kontraktor yang ku ambil ini di rumah kawanku... agak boleh tahan juga kemasnya... tapi tak sangka pula, begitu melengah masa.

    Mereka mula kerja biasanya bila mentari dah tinggi...berbeza dengan pekerja bangsa asing...mula pukul 8 habis pukul 6..macam waktu pejabat. Nak pasang ubin lantai pun berhari hari ....aduhhhh, lemah betul aku tengok.. dah pasang separuh jalan, tinggal tak bersambung lagi.... berbeza betul dengan bangsa mata sepet yang pasang ubin dekat rumah jiran sebelah rumah hari tu... dua hari je..dah siap...dahlah laju, kemas pulak tu. .berhenti pun cuma untuk waktu makan.

    Cuti tahun baru cina ni...aku dah berangan angan, nak basuh dapur dan kemas apa yang patut.... malangnya tak sampailah impian aku.... Paling sedih... rasanya dah lama tak masak.....huwwwwwaaa..bila nak siap ni.....!!!!!

5 ulasan:

  1. Kesian Kak Ros. Begitulah kan, kita hanya merancang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kesian saya Aziezah.... hehehhehe harap harap cepat cepatlaa siapnya..

      Padam
  2. Itulah masalahnya. Kakcik pernah terkena. Konon nak tolong bangsa, akhirnya duit lesap kerja tak siap... :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib baik laa duit tak habis lagi... hehhe susah betul nak tolong bangsa sendiri...

      Padam
  3. Ha..ha.. IM dah terkena. ubahsuai rumah memakan hampir setahun dengan 3 kali bertukar kontraktor.

    begitulah sikap bangsa kita!

    cuba perati bengkel kereta cina dengan melayu...

    BalasPadam