Ahad, 18 Mac 2012

.Jadi Guru tuisyen ....

       Kalau orang kata facebook tu tak ada faedah.... pada aku tidak laa juga.. Sebab melalui facebook laa aku mengenali pemilik kelas mewarna ini, yang bertempat di Klebang Restu...di Ipoh... Mulanya perkenalan kami... bermula bila Ekin ( pemilik art class ini ) datang belajar membatik dari aku...
   Satu hari aku terpandang di Wall fb Ekin... dia memerlukan pembantu untuk kelas mewarnanya...  Jadi aku pun memberi kesanggupan untuk membantu... tanpa memikirkan komitmen aku yang lain..hehehe  Jadi sambil-sambil aku mengajar... aku daftarkan sama si Kecik untuk kelas mewarna ini...
 Terus terang aku katakan... aku memang teruja dengan pelajar-pelajar di sini... pertama  kerana kebanyakkannya "orang kita".. dan yang keduanya pelajar-pelajar ini pelajar " cilik"... baru tadika, tahap 1 dan tahap 2... yang sekolah menengah hanya sorang dua..
 Tapi hasilnya.....  memang mengkagumkan aku.... selama ini aku mengajar di sekolah menengah... jenuh aku mengejar budak-budak untuk menyiapkan latihan... tapi sebaliknya di sini.. mereka sabar dan tekun... cuma sesekali keluar ke tandas.
 Karya di atas ini hasil kerja pelajar baru tahun 5... Ibunya, ibu tunggal datang naik bas dari Kuala Kangsar.. semata-mata mahu anaknya belajar di sini.. tapi memang berbaloi.. Anaknya ada bakat yang besar....
Kalau di rumah susah nak ajar anak sendiri... di sini, baru aku dapat latih si Kecil mewarna.

 Pada aku datang ke sini... walaupun mencuri masa aku pada hujung minggu.. tapi dah jadi macam terapi minda buat aku... walaupun mengajar kadang-kadang sampai 4 jam tapi tak meletihkan... dan aku jadi lebih tenang....
siapa saja pasti teruja bila tengok hasilnya...
Lihat saja hasil kerja si Kecik... walaupun belum siap... tapi dia dah boleh menguasai teknik mewarna yang betul....

8 ulasan:

  1. Balasan
    1. bila kita biasa mengajar budak besar... kemudian lihat hasil anak=anak cilik ni... memang mengkagumkan..

      Padam
  2. Bila anak2 ada bakat, dan ianya diasah dengan betul, pasti hasilnya tidak mengecewakan. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Cik... bakat cuma bonus.. tapi kalau ada minat dan kesungguhan pasti ada hasil nya..

      Padam
  3. salam uda, cantik. berbaloi. tenang jiwa. tak selamanya Allah beri kita mendungkan uda! ada kegembiraan kecil yang di hadiahkan.

    teruskan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul Dekni.. biar penat di hujung minggu, seronok nak ke kelas ini kerana ia bagai terapi... bermain warna-warna dengan anak=anak kecil yang comel dan tak banyak kerenah macam di sekolah...

      Dekni.. kalau tahu, dah lama jadi guru sekolah rendah..hehehhe seronok layan budak-budak kecil ni.

      Padam
  4. Salam kak. berapa bayaran utk kelas mewarna nie? anak saya baru 7 tahun

    BalasPadam
  5. assalam kak..sy berminat nk anta anak klas ni...mcm ne nk contact akk ye..

    BalasPadam