Ahad, 1 Januari 2012

Selamat Tinggal SMK. Raja Chulan...

      Bohonglah kalau aku katakan... aku tak rasa sedih hendak meninggalkan sekolah ku ini.... Dan perasaan ini kian menebal bila dah masuk tahun baru..... 16 tahun ..( tolak dua tahun aku cuti belajar ) bukan satu waktu yang pendek.....
 Di dinding ini pernah kulakarkan mural lukisanku... malangnya, telah dipadam, diganti dengan banner cetakan komputer ini...... dan hingga kini hanya aku yang nampak lukisan itu masih di situ...
Kalau tak silap selama aku bertugas di sini ... 5 lukisan sudah aku lakarkan di sini... tapi dipadamkan bila ia kian pudar..
 Pada orang lain... kawasan ini mungkin tidak memberi makna... tapi pada aku di sini ada kenangan yang aku tinggalkan... sebahagian pokok-pokok  hiasan di sekolah ini aku yang beli,
Inilah tempat aku beroperasi... bila tiba musim kerja kurus terutamanya... batik....
sekian lama di sini, aku tak ada bilik seni.. aku guna mana saja tempat yang sesuai untuk melaksanakan tugas aku sebagai guru.
 Inilah bilik aku... bilik seni, merangkap bilik stor... semua perabut di sini aku ambil dari perabut yang sudah dihapus kira... Oh ya... bilik ini asalnya tandas pelajar... kemudian dibahagi dua dengan siaraya...
        Aku tak ada meja dan kerusi di bilik guru... tiap kali menanda tempat...tempat aku pasti diambil orang.... sebab aku jarang-jarang di bilik guru... terutama sekali bila time guru pelatih datang.... bila guru sama sesak dengan pasaraya.....hehehhehe apa-apa pun aku selesa sendirian di sini bertemankan radio dan kadang-kadang pelajar dari kelas berhampiran yang datang melepak....
 Bilik ini walaupun agak sempit dan kadang-kadang melemaskan juga... bila aku lama sangat tak keluar-keluar kerana kerja yang banyak.... tapi di sinilah tempat aku melepaskan sesak nafas kerana kekangan kerja... tension dan pernah juga menangis....sendirian melepaskan perasaan yang menyesak jiwa....
 Bangku-bangku batu ini... begitu lama aku cuba relisasikan... cuma bila kawan aku sendiri yang menjadi HEM... baru la ia jadi kenyataan... semuanya kerana budget untuk keceriaan... Seronok, dari lakaran menjadi kenyataan... cuma aku ingat nak ajak budak-budak melukis pada batu-batu tu tapi nampaknya tak sampai hajat......

 Kolam ini aku beli di awal tahun 2000....tahunnya aku tak ingat. Bertahun aku yang jadi ketua pentas buat kolam buatan sendiri untuk hiasan pentas.... akhirnya aku beli kolam fiber ini untuk memudahkan kerja aku... tapi malangnya beberapa tahun kemudian.. dia bocor. Kerana sayang dan takut ia dibuang... jadi aku tanam pokok bunga di dalam nya...


 Laluan ke pejabat dan ke bilik guru.... di depan pejabat ada kolam yang telah kering airnya kerana bocor,...Di kolam ni, pernah menjadi tempat "bermain " untuk anak-anak aku....heheheh... tau ajelah budak dengan air...
Inilah rupa tangga di SMK Raja Chulan.... hanya setingkat. Kalau ini pun aku semput, tak tahulah di sekolah baru nanti..
Laluan datang dan balik....

Satu lagi tempat yang paling sedih nak aku tinggalkan....masa aku ambil gambar
 ni.. anak-anak pengawas aku sedang mengemas dan menyusun semula rak-rak buku....semua tugas yang dibuat tak perlu diarah..... mereka datang waktu cuti pun aku tak suruh... tapi mereka sendiri yang menyusun jadual tugas mereka sendiri......

Bayangkanlah.... rak buku yang selama ini di sebelah kanan bilik ini sudah berpindah ke kanan... dalam sehari dah berubah.......




     Inilah satu-satunya mural yang aku tinggalkan.... hasil tangan aku sendiri.. tapi dah pudar dimakan masa... aku yakin... tahun depan pasti ia akan hilang dari pandangan.... dicat baru.  Di asrama ada beberapa lakaran aku.... yang diwarnakan oleh pelajar. Dan lukisan batik aku masih tergantung di bilik gerakan.


Barangkali sesiapa yang membaca entri aku kali ini, faham apa yang aku rasa ....16 tahun bukan satu masa yang pendek... bayangkanlah dari anak aku dalam kandungan...hingga anak aku masuk ke tingkatan 4.... Memang banyak kenangan....sedih, manis... pahit....suka duka... itu lumrah bagi semua orang.... dan bukan mudah untuk memulakan sesuatu yang baru...

Tahun baru...sekolah baru.. pengetua baru... kawan-kawan baru... tugas baru... semuanya baru...

SMK Raja Chulan... selamat tinggal... kau tetap dihatiku.....

9 ulasan:

  1. 16 tahun bukan waktu yang singkat, kan Ros... bukan setakat keringat dan airmata, darah juga mungkin pernah tumpah di sana. Semoga tempat baru akan membawa kesegaran yang baru buat Ros.

    BalasPadam
  2. IM tinggalkan raja chulan di tahun 1980..

    BalasPadam
  3. KAK cIK..betullaa..berat rasa hati nak tinggalkan sekolah ni... bayangkan..saya datang ke sekolah ni dulu mengandungkan anak kedua Hakim..tahun ni Hakim dah tingkatan 5.. ...baru saya keluar

    Insan Marhaen... jadi pelajar paling tinggi 5- 6 tahun saja... tapi saya jadi cikgu 16 tahun di sini...

    BalasPadam
  4. salam ros, skrg u mgajar sek mana pulak???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Imma...saya ditukarkan ke sekolah berhampiran...SMK Seri Ampang...

      Padam
  5. Balasan
    1. Dekni... memang penuh nostalgia... bukan sekadar sekolah.. tapi tempat melepaskan lelah dengan hal-hal rumah..

      Padam
  6. salam, cikgu.. lama tak dengar cerita pasal SMK raja Chulan.. bila baca tentang nostalgia cikgu, tiba2 teringat dengan kenangan saya kat chulan.. walaupun dah 2 tahun saya tinggalkan chulan, tapi kenangan kat sana takkan pudar.. saya doakan cikgu dapat berkhidmat di tempat baru dengan baik..
    ikhlas: Nurul Naemah (batch 2006/2010)

    BalasPadam
  7. Kenal tak cikgu ahmad redzuan?

    BalasPadam