Rabu, 27 Jun 2012

Catatan Mengisi masa...

   Hari ni aku ambil cuti rehat, bawa suami ke hospital untuk appointment dengan doktor...ertinya dah sebulan sejak dia keluar hospital hari tu..Dan hari ni.. MC My suami bersambung lagi sehingga 26 julai..
Sebenarnya bukan hari ni saja . aku bawa dia ke hospital...hampir setiap hari, kecuali sehari dua bila ada meeting di sekolah yang lanjut sampai ke pukul 3...

     Letih memang letih.... balik sekolah terus ke hospital.. kadang-kadang tertidur di bangku menunggu di luar bilik dressing sementara tunggu luka di kaki suami dicuci... memang sedap pun tertidur, dengan dinginnya aircont di panas terik ....hahahhaha.Cuma kadang kadang kesian dengan si kecik yang begitu setia menemani ayahnya... walaupun baru balik sekolah.
Si Faiz ..sehari dua ni dah mula kerja di cyber cafe tempat Razi bekerja..... Bukan aku tak mahu dia bersekolah.... tapi aku tak mahu paksa dia kalau dia belum bersedia... setakat ni alhamdullillah, tak ada masalah pula untuk dia ke tempat kerja... sekurang-kurangnya dia dapat pengalaman bekerja.

   Kerja di sekolah ..kian hari kian banyak.... Penghujung bulan Jun ni bererti aku kena berperang dengan pelajar pelajar tingkat 5 untuk menyiapkan kerja kursus...... Tahun ni, aku nak bertawakal dengan Allah je...sebab aku sedar, kelompok pelajar yang aku terima bukan calang-calang " malas dan liat "....kalau anak bangsa M dan I....aku rasa mampu lagi aku tangani....tapi kalau anak bangsa C....mati akal aku dibuatnya....
datang ke kelas hanya untuk buat onar dan bising.... kerja langsung tak mahu buat.

    Apa yang boleh aku buat... lukiskan apa yang perlu dan suruh mereka tekap di meja cermin lampu.... pensil pinjam dari aku.... pensil warna pun pinjam dari bilik seni....( kian hari kian hilang...dikebas mereka )..inilah realitinya . Tak buat begini kerja tak siap.

   Dan tugas sampingan aku hari ni.... menjahit beg untuk kerja kursus mereka. Kalau aku tak jahit... mereka biarkan saja, kain tu tak berjahit...... pening kepala dibuatnya.

Pelajar berpotensi...??? aku tak nampak sorang pun... Yang rajin ada sorang dua... tapi tak nampak gaya cemerlang..... aduhhhh....

Sabtu ni sukan..... siapalaa yang pandai mencadangkan sukan diadakan di tengah tahun.... sampai sekarang aku menyumpah tak habis..... waktu ini guru guru sepatutnya tumpu pada kerja kursus dan peperiksaan... dah kena buat banner sukan...hiasan rumah... latih budak... budak budak pun kesian juga.. berkawan di panas terik. balik dah letih. bila nak belajar.  Nasib baik hujan dah mula turun.... adalaa sejuk sikit.

Tahun ini nasibnya ... aku datang ke sekolah baru.... orang nampak aku guru  yang lemah tak larat usung diri sendiri....hahhahahh tapi menyelamatkan aku dari kerja kerja berat...seperti aku lakukan di sekolah lama...kalau tidak saat ini pastinya aku sebok menghias kemah untuk vip....
Tahun ni... aku pun tak pasti apa tugas aku..... sukantara dan pra sukan... nama aku tak ada tersenarai untuk bertugas...hehehehee.... bukan aku tak check tengok... nama tak ada ...lebih baik buat diam je....hahahhahha

     Apa apa pun tugas membuat banner untuk rumah sukan aku dah hampir siap... hari ini pasti cikgu rumah tu suspen.. sebab dia tak nampak aku...aku cuti. Tapi esuk aku akan pastikan ianya siap....insyaallah....

Cuma apa yang aku tak pasti... adakah aku bahagia di sekolah aku sekarang...... jauh di sudut hati aku rasa nak minta tukar aje......


Jumaat, 8 Jun 2012

Terima Kasih anak anak.....

 Minggu ini dah masuk minggu kedua suamiku balik ke rumah selepas beberapa hari bermalam di hospital... dan ertinya dah hampir dua minggu kami berulang alik ke hospital untuk rawatan dressing kerana luka pada kaki My suami.

    Tapi alhamdullillah... setakat ini aku dibantu anak anak...maka ringan laa sikit beban yang terpaksa aku tanggung. Si Hakim yang dah ada lesen ...dah boleh bawa van menggantikan tempat aku jadi pemandu.....Dengan kederat aku yang tak seberapa ni.. bawa van pun dah boleh sakit satu badan....padahal itulaah kenderaan satu satu nya yang aku ada dulu...

    Sebelah malam ...selalunya si faiz yang suka berjaga malam...yang sering diminta tolong oleh si ayah...Orang yang ada kencing manis ni sering nak kecing... kalau tengah tidor dikejut..mau pening juga kepala.

     Dan untuk waktu waktu sebegini..selalunya si Kecik la yang jadi pembantu...tolak si ayah ke bilik air..tolong ambil bekas air kecing ayahnya.. tolong tuang air minum...

    Si Razi yang dah kerja... kalau aku minta tolong, dia pun tak banyak kira... cuma kadang kadang aku kesian juga dengan dia.. bila balik, selalu dah tertidur di depan kerusi..

    Itulah anak anak... baik buruk hanya kita yang tahu... biar orang cela dan kata... aku tahu apa kelebihan mereka...

Khamis, 31 Mei 2012

Inilah percutian ku.....

     Sudah 3 malam , My suam balik ke rumah.... Walaupun terpaksa berkerusi roda, aku tetap bersyukur semuanya selamat.. Namun, tak dinafikan banyak rutin baru yang terpaksa dilakukan...dan banyak juga aktiviti masa cuti ini yang tak dapat aku lakukan.... 
     Perkara pertama yang terpaksa aku lakukan ialah mengubah beberapa perabot untuk memudahkan pergerakkan kerusi roda ke tandas dan keluar rumah. Mulanya aku bercadang nak pecahkan dinding buat satu lagi pintu tembus ke tandas dari dalam bilik.. tapi ternyata My suami  lebih suka duduk di ruang tamu berdepan dengan tv dan kami semua... sebenarnya rumah aku ni, ruang tamunya bersambung terus dengan ruang makan dan dapur...jadi ianya jadi lebih mudah untuk diurus.

    Sebelum balik dulu, My suami cukup risau tentang ke tandas... tapi ternyata bila dia balik keadaan tidaklah sesusah yang difikirkan..Malah tugas menolak dia ke bilik air boleh dilakukan oleh si Kecik dengan mudah.. cuma yang aku kesian, bila My suami nak bangun dari katil ke kerusi roda...memang sungguh sukar...jenuh berpaut pada tongkat baru boleh bangun.. pun kadang-kadang perlu dibantu oleh si Faiz dan si Hakim....

      Dan rutin baru yang terpaksa aku lakukan juga ialah membawa My suami pergi mencuci luka pada kaki sebelah kanan . Ini perlu dilakukan kerana My suami pengidap diabetis.. yang perlu diberi perhatian setiap hari supaya lukanya tidak bertambah besar. Nasib baik juga sekarang ini time cuti sekolah... kalau buka sekolah nanti keadaan tentu jadi kelam kabut ...sebab lepas sekolah aku kena terus bawa my suami ke hospital..

     Dan paling aku rasa lega...kerana buat masa ini...Faiz masih lagi belum aku daftarkan semula persekolahannya....Jadi pada dialah nanti yang aku harapkan dapat menjaga ayahnya bila aku ke sekolah. Razi walaupun sedang bercuti...tapi dia dah mula kerja sementara sejak mula bercuti dulu..
Memang Allah Maha Kaya... kalau tidak pening juga kepala memikirkan bagaimana aku harus mengurus semua ini...

Apa-apa pun aku tahu semua ini ujian Allah pada aku...semoga tabah menghadapinya....

Isnin, 28 Mei 2012

Alhamdullillah...

Alhamdullillah. ....hari ini genap seminggu My suami masuk hospital...dan sehari ke sehari  keadaannya bertambah baik... dah boleh duduk dan ke tandas.
 Buktinya lihat saja gambar di atas...dah boleh duduk dan berfacebook...



Pengalaman menarik..siapa sangka jumpa pula si Shahir AF di wad ini... kerana datang ziarah bapanya yang sakit. Pada hari aku bergambar ini...bapanya dah dibenarkan balik..

wajah si Razi yang keletnihan. Malam menjaga ayah kemudian terpaksa balik ke kampong Bota
untuk mengambil kerusi roda untuk ayahnya... 
                        Si Kecik dan laptop..setia menunggu ayahnya.. Dah boleh diharap menolak kerusi roda ayahnya ke tandas..
Si kecik ni bagusnya dia bukan jenis yang geli  untuk bantu ayahnya ke tandas...terharu juga tengok dia sabar menunggu ayahnya...di tandas.








Sabtu, 26 Mei 2012

Salam dari Hospital...

       Hari ini dah masuk seminggu aku b erulang alik ke hospital... Tapi alhamdullillah, semuanya beransur baik....Dan my suami pun dah dibedah untuk dimasukkan besi hari jumaat lepas... walaubagaimana pun...semuanya masih semua urusan di atas katil. Insyaallah sehari dua lagi mungkin dibenarkan balik..

       Anak-anak alhamdullillah...setakat ini turut bagi bantuan., bergilir gilir menjaga si ayah...terutama si kecik, begitu setia menunggu ayahnya dan sanggup bermalam dengan aku untuk menemani si ayah...
   Apa apa pun setiap kejadian ada hikmahnya.. Semalam aku dikunjungi oleh rakan sama sekolahku semasa di tingkatan satu....Kami sama -sama tinggal di asrama..lebih kurang 35 th dulu.. Walaupun kami sama sama tinggal di Ipoh, baru sekarang bertemu kerana baru dipertemukan semula di facebook..

Selasa, 22 Mei 2012

Allah menguji...Aku pasrah...

   Belum selesai bab anak-anak.... datang pulak kisah baru...My suami accident dan ditahan di haospital...

    Hari tu aku di pejabat bertanyakan tentang kenaikan pangkat time base yang terlepas pandang oleh orang pejabat..bila aku terima call dari My suami mengatakan dia accident....on the way ke pejabatnya di Perlop 1. Hari tu dia kena kerja shift pukul 2 ptg... Aku tak terkata apa.. malah orang di pejabat pun aku tak cerita... cuma berdetik dalam hati... apa yang aku jangkakan selama ini benar-benar berlaku.... Aku memang melarang My suami naik motorsikal berulang alik ke tempat kerja... tapi orang lelaki ni kadang kala ada degilnya......

     Dia terbabas selepas mengelak dari bertembong dengan sebuah lori... dan berlanggar sign board....Nasibnya baik kerana tempat kejadian tak jauh dengan pejabat. Jadi dengan abantuan rakan-rakan sepejabat... mereka menghantar dia balik ke Ipoh dan terus ke hospital besar Ipoh.... Kerana kepenatan aku suruh Hakim dulu menemani ayahnya, di wad kecemasan...dan aku menyusuli selepas asar dengan Razi yang baru balik kerja....

     Hingga lewat tengah malam.. baru doktor membuat keputusan untuk menahannya di wad, setelah beberapa kali membuat x ray dan scan.... doktor beritahu..ada keretakan di bahagian paha dekat punggung... dan operation kecil perlu dilakukan.... Tapi kerana dia ada diabetes.... operation tu mungkin mengjadi rumit.. kerana banyak perkara perlu diawasi... terutama luka pembedahan...

    Terus terang aku katakan... aku tak tahu apa perasaan aku sebenarnya..... Memang orang akan nampak aku seperti orang yang tak susah hati.... malah aku masih boleh ketawa dengan anak anak....tapi mungkin juga... selama ini aku sudah menjangka kemungkinan situasi ini akan aku alami..... yang perlu aku hanya redha....dan pasrah...

    Malam ini malam kedua suami ku tidor di wad.... cuma aku kagum dengan anak-anak... tidak meninggalkan ayah sendirian... Malam ini , Faiz yang ditugaskan menunggu si ayah... Pagi tadi si Hakim...dan aku datang lepas asar...hingga pukul 1o malam tadi.
   Dan kerana si ayah tak boleh bangun... kenalah kami anak beranak belajar bagaimana nak mengurus bila si ayah nak membuang.....walau ada jururawat... sedikit sebanyak dapat juga kami belajar mengurusnya....( aku memang alah bab ni......aduuuiii

  Lepas ini aku tahu... banyak agenda aku terpaksa dibatalkan..... keutamaan mesti diberi pada My suami... dan aku  malas nak fikir berapa lama My suami terpaksa dalam keadaan begini... apa yang aku doakan dia cepat semboh.... apa-apa pun aku pasrah....aku hanya hamba yang lemah....