Isnin, 16 April 2012

Allah sedang menguji...

Rasanya dah lama juga aku tak menulis....entahlah kebelakangan ni, minat nak menulis blog merudum sekali..... Bukan tak buka laptop ku ini... merayau-rayau tapi ku tutup semula....

Kalau nak kata rutin hidup lebih sibuk... boleh laa juga. Dah hampir dua bulan, ..tiap hujung minggu aku ke kelas mewarna... dan rutin kerja sekolah pun kian bertambah.... Aku sendiri pun nak kata sihat seratus peratus pun tidak juga.... Minggu lepas ke klinik, doktor dah bekalkan aku inhaler... guna bila semput.... dan nampaknya ia berkesan juga..

Cuma kebelakangan ini.... jiwa aku kian kacau dengan masalah si Faiz dan si Hakim...anak-anak ku..Kehadiran mereka ke sekolah terus merosot... Aku dah cuba berjumpa dengan ustaz di Darul syifaq.. ternyata mereka berdua terkena gangguan... tak boleh tidor malam. Kalau aku suruh tidor ,.. mereka akan tidur.. tapi lewat tengah malam mereka terjaga dan tak boleh tidor.... dan esuknya dah tentu tak berdaya nak ke sekolah...

Si Faiz memang mulanya aku ingat kerana komputer...  mungkin jugalaa pada mulanya... tapi kian lama kian lain jadinya.. Dah pakai baju sekolah... tiba-tiba mogok tak nak ke sekolah... Motivasi dan semangat nak ke sekolah langsung tak ada.....  Si Hakim pun.. kadang-kadang sebelah malamnya, sudah beria nak ke sekolah.. siapkan baju dan persiapan nak sekolah... bila tiba time suboh baru nak mengantuk......

Tapi alhamdullillah.... si Kecik tak terkena pula... jadilaa dia jadi penawar keresahan aku buat masa ini...  Memang setiap pagi... mengejut si Kecik lebih mudah dari abang-abangnya.....

Aku pun dah research kat internet... memang gangguan jin dan iblis...boleh menyebab kita tak tidor malam... dah lebih berat kerana ia berkait dengan saka...
Barangkali sudah ditakdirkan...apa-apa pun, aku sendiri kena kuat menghadapi dugaan ini... Macam kakak aku cakap...Ros.. kita kena fisabillillah.....kena lawan ...

6 ulasan:

  1. Kakcik doakan agar Ros dan keluarga tabah dalam menghadapi ujian ini. Jangan putus asa untuk terus berusaha merawatinya, ya. Yakinlah pada pertolongan Allah SWT.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak cik..terima kasih.. buat masa ni, memang kena banyak berserah pada Allah dan mohon pertolonganNya...

      Dulu pun ayah dia pernah sakit... jadi sedikit sebanyak buat ros jadi tabah...

      Padam
  2. Ros, cuba baca fatihah 7X pd sebaldi air yg dicampur dgn limau nipis, tp mesti yakin dlm hati yg Allah shj yg mengetahui dn akan membantu apabila kita benar2 memerlukn.
    then suruh ank mandi waktu pagi sebelum pergi sekolah. seboleh2 nasihat ank jgn tidor selepas waktu asar. insyallah dgn izin Allah.- saya sekadar bkongsi sedikit melalui pengalaman dn dr org2 tua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Imma... terima kasih inysaallah akan saya cuba..

      Padam
  3. semoga ada jalan agar dipermudahkan segala urusan insyaallah

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum uda,

    tidak dekni nafi kan apa yang uda perkatakan. teruslah berusaha selagi terdaya dan ada kudrat. anak dan suami adalah ujian buat sema yang bergelar isteri dan ibu.

    BalasPadam