Sabtu, 14 Januari 2012

Dirai rakan-rakan...

        Beberapa hari yang lalu... aku menerima sms dari Mehrul... rakan satu sekolah semasa di raja chulan.... "Kak Ros.. cincin akak saiz berapa...???"  Aku dah dapat agak dari hari tu...
" Maaf Mehrul.. cincin tak ada saiz... nak pakai kena tempah....: " Beberapa hari
 kemudian aku dapat sms lagi bertanya... " Kak ros... telinga ada tindik tak...."  Aku memang nak ketawa... aku dah dapat agak niat rakan aku ni...

Kak Rohani Ariffin... turut digerakkan, sama sekolah dengan aku.
    Kemudian datang susulan sms... bertanya aku free tak hari ini..Sabtu 14hb januari. .. Memang sebelah pagi aku tak free... sebab ada LADAP di sekolah.. tapi tengahari ok aje...
dapat hadiah subang dari rakan-rakan... nampak je kecil tapi mahal juga..hehehe dan yang penting aku suka..
 Malangnya... LADAP  tengahari tadi agak lambat habisnya... nak lari pun tak boleh sebab aku duduk jauh ke tengah... jadi aku sampai agak lewat... Rakan-rakan dah menunggu di Exselcior Coffee House... tapi nasiblaa, rakan-rakan lain yang diraikan dah datang lebih awal... jadi tak adalaa rasa bersalah...
    Sebenarnya ... selain aku, ada 3 orang lagi rakan yang digerakkan.. semua ke sekolah yang berhampiran.....
 KakRoselawati antara yang digerakkan... dia lebih lama dari aku di Raja Chulan....
    Biasalah... bila ada jamuan, mesti ada ucapan....
 Rosminah... digerakkan ke SMK Gunung  Rapat.. Masa aku datang ke Raja Chulan dia dah ada.. tapi lepas tu, dia bercuti tanpa gaji ikut suami ke UK... lepas tu balik semula ke Raja Chulan..
Satariah yang dah jadi pensyarah pun hadir sama..... dia dulu sama-sama sambung belajar kat UPSI.. tapi rezeki dia dapat ke IPG..

Apa-apa pun.. gembira sekali bila diraikan... 
Sebenarnya... walaupun ini dah kali ke tiga aku bertukar sekolah .. tapi sebelum ini aku tak diraikan..heheh. Yerlah... sebelum ni aku pindah sekolah tengah-tengah tahun... cuma ini di awal tahun...

4 ulasan:

  1. Seronok bila diraikan, rasa dihargai kawan2. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat Raja Chulan yang bagusnya rakan-rakan yang akrap dan agak caring...Sejak dulu tradisi ni dah ada... Tapi ada juga yang tak mau join..

      Padam
  2. uda, ramai kan yang sayang uda!termasuk dekni hehe :-)

    BalasPadam