Selasa, 22 Mei 2012

Allah menguji...Aku pasrah...

   Belum selesai bab anak-anak.... datang pulak kisah baru...My suami accident dan ditahan di haospital...

    Hari tu aku di pejabat bertanyakan tentang kenaikan pangkat time base yang terlepas pandang oleh orang pejabat..bila aku terima call dari My suami mengatakan dia accident....on the way ke pejabatnya di Perlop 1. Hari tu dia kena kerja shift pukul 2 ptg... Aku tak terkata apa.. malah orang di pejabat pun aku tak cerita... cuma berdetik dalam hati... apa yang aku jangkakan selama ini benar-benar berlaku.... Aku memang melarang My suami naik motorsikal berulang alik ke tempat kerja... tapi orang lelaki ni kadang kala ada degilnya......

     Dia terbabas selepas mengelak dari bertembong dengan sebuah lori... dan berlanggar sign board....Nasibnya baik kerana tempat kejadian tak jauh dengan pejabat. Jadi dengan abantuan rakan-rakan sepejabat... mereka menghantar dia balik ke Ipoh dan terus ke hospital besar Ipoh.... Kerana kepenatan aku suruh Hakim dulu menemani ayahnya, di wad kecemasan...dan aku menyusuli selepas asar dengan Razi yang baru balik kerja....

     Hingga lewat tengah malam.. baru doktor membuat keputusan untuk menahannya di wad, setelah beberapa kali membuat x ray dan scan.... doktor beritahu..ada keretakan di bahagian paha dekat punggung... dan operation kecil perlu dilakukan.... Tapi kerana dia ada diabetes.... operation tu mungkin mengjadi rumit.. kerana banyak perkara perlu diawasi... terutama luka pembedahan...

    Terus terang aku katakan... aku tak tahu apa perasaan aku sebenarnya..... Memang orang akan nampak aku seperti orang yang tak susah hati.... malah aku masih boleh ketawa dengan anak anak....tapi mungkin juga... selama ini aku sudah menjangka kemungkinan situasi ini akan aku alami..... yang perlu aku hanya redha....dan pasrah...

    Malam ini malam kedua suami ku tidor di wad.... cuma aku kagum dengan anak-anak... tidak meninggalkan ayah sendirian... Malam ini , Faiz yang ditugaskan menunggu si ayah... Pagi tadi si Hakim...dan aku datang lepas asar...hingga pukul 1o malam tadi.
   Dan kerana si ayah tak boleh bangun... kenalah kami anak beranak belajar bagaimana nak mengurus bila si ayah nak membuang.....walau ada jururawat... sedikit sebanyak dapat juga kami belajar mengurusnya....( aku memang alah bab ni......aduuuiii

  Lepas ini aku tahu... banyak agenda aku terpaksa dibatalkan..... keutamaan mesti diberi pada My suami... dan aku  malas nak fikir berapa lama My suami terpaksa dalam keadaan begini... apa yang aku doakan dia cepat semboh.... apa-apa pun aku pasrah....aku hanya hamba yang lemah....

Ahad, 20 Mei 2012

Gaya seorang pendeklamasi puisi..

 Perayaan hari guru baru ni ... aku dapat peluang baca sajak " anak Muridku..."..
 Aku perasan... tahap keyakinan ku berdiri depan orang dah kian mantap...hehhee 
Kalau dulu mesti ada getaran dalam ucapan...
 Sebenarnya bukan mudah untuk berdiri depan perhimpunan untuk membaca puisi sebegini.
Walaupun hari hari bercakap depn pelajar.. Tapi mungkin benar kata My suami.. aku dah buat training setiap pagi melaung anak-anak bangun tidor...hehehehe jadi lontaran suara itu dah jadi perkara biasa......

Khamis, 17 Mei 2012

MY True colour...

       Semalam sambutan hari guru...meriah sungguh.  Aku diberi kepercayaan membacakan puisi ' Anak Muridku ' hasil nukilan seorang penyair Indonesia.. malangnya aku tak tahu siapa namanya, kerana rakan guru yang meminta aku mendeklamasikan sajak hanya mencatat puisinya tanpa mengambil nama penulis....( ermmm...kalau bukan berjiwa penulis biasalah begini...ambil lauk tukang masak tak diperduli ...  Sambutan pelajar-pelajar bila aku membacakan puisi ...sungguh luar biasa. Semasa naik ke pentas pun ...anak-anak muridku dah riuh bersorak... ( budak-budak kelas hujung memang suka bersorak... aku pun melambai tangan umpama seorang bintang naik ke pentas...hahahhahah kelakar pun ada... sayangnya aku tak bawa kamera... dan aku masih menanti gambar yang diambil oleh sidang redaksi sekolah....Dan bila aku melangkah turun...aku dapat pujian dari rakan-rakan guru dan pelajar.....
hadiah hari guru yang aku terima.
    Tahun ni.. pecah juga rekod dapat hadiah banyak... Rupanya di sini budayanya, setiap kelas wajib sediakan hadiah untuk guru yang mengajar....  jadi kalau aku mengajar 9 kelas... 9 hadiah laa aku terima termasuk hadiah dari PIBG jadi 1O... jadilah walaupun pen dan epal. Sterika tu, aku dapat dari acara tukar-tukar hadiah dengan kawan-kawan guru....acara suka suka...siapa nak join beli hadiah... dan kami bertukar hadiah.... Paling sukanya aku kerana dapat apron...hahahha macam tahu aku memang memerlukan apron di bengkel.

       Tapi ini cerita semalam.... hari ini lain pula ceritanya....Barangkali hari ini lebih menampakkan warna aku yang sebenar.... Aku backing anak aku sendiri ...siapa lagi kalau bukan si Hakim. Sehari dua ni...alhamdullillah, kehadiran Hakim ke sekolah memang boleh dipuji..walaupun kadang-kadang lambat....Dan sejak mula peperiksaan Hakim memang datang ke sekolah... Aku sebagai emak memang lega... walaupun, aku tahu Hakim bukan menjawab sangat... kadang-kadang tidor dalam dewan peperiksaan....  Tapi aku hangat hati dengan cikgu disiplin... time budak nak exam, masa tu sibuk laa mereka nak ambil tindakan...Lagipun yang aku marah, rambut si Hakim bukan panjang pun... cuma di trim lagak budak nakal... semalam Hakim dah minta duit nak betulkan rambut....  dan aku pun dah puas hati walau pun tak capai 1OO peratus...Rupanya cikgu disiplin tak puas hati lagi... lebih sakit hati... marahnya dalam bilik guru.... time rehat pulak tu.

      Aku tahu... cikgu cikgu disiplin semua cikgu muda ... anak anak  masih kecil.  Time anak anak masih mengikut kata. Anak-anak aku masih kecil pun masih taat.. masih dengar cakap... Aku bukan backing anak ...tanpa fikir.... Anak aku hadir ke sekolah pun dah besar rahmat..sekarang mereka nak ganggu anak aku... Kalau kesalahan besar dilakukan aku tak marah sangat... pasal rambut saja.. yang pada mereka tak molek... Kalau panjang aku pun marah... Dan hari ini ... aku tengok Hakim menangis..... aku pun rasa nak menangis....

      Memang aku tahu... rakan-rakan guru tak akan faham kenapa aku backing Hakim...kenapa aku melindungi anak aku... kerana mereka tak rasa apa yang aku rasa... Paling aku kecil hati dengan guru kelas si Faiz... bila aku nak berbincang pasal si Faiz langsung tak ada masa... bercakap dengan aku pun mahu tak mahu... nasib baik HEM  sekolah aku baik....
      Ada rakan guru pandang aku dengan ekor mata.... bila bercakap tentang pelajar bermasalah tak pernah fikir perasaan aku yang ada anak bermasalah, salahkan ibubapa sedap sedap mulut...... cuma ada seorang dua yang memahami... kerana dia pun ada anak seperti anak aku...

     Maaflah aku katakan... hari ini aku cuma berdoa... sesiapa saja yang tak faham apa yang aku rasa...biarlah satu hari nanti mereka juga merasakan apa yang aku rasa.....supaya mereka faham apa yang aku rasa....Allah Maha Kaya... dan Allah Maha Adil....

Ahad, 13 Mei 2012

Aku Redha...

....Esuk aku kena buat keputusan untuk memberhentikan Faiz dari sekolah . Ini semua terpaksa aku lakukan setelah aku buat perbincangan dengan pihak HEM.. Mahu tidak mahu Faiz kena diberhentikan untuk mengelak tindakan tatatertib dibuang sekolah.... Kalau dah dibuang, jawabnya dah ada rekod yang kurang baik.

      Aku pun sebenarnya kena redha.... Yakin dengan ketentuan Allah, rezeki , jodoh, maut ditanganNya..... Yakin bahawa masa depan anak aku, bukan ditentukan oleh manusia... tidak berjaya dalam akademik bukan berakhir semuanya....

      Sebenarnya, sehari dua ini...terasa lega sikit...Faiz dah mahu keluar rumah. Dah bercakap balik pasal impiannya... walaupun masih dingin tentang sekolah....Bila dia begitu pasif...keluar rumah pun tak nak...turun ke bawah bila lapar sahaja...memang merisaukan ....lebih risau dari dia tak ke sekolah.

    Tak kisahlah... kalau orang kata aku tak pandai didik anak.... tapi kalau sesiapa di tempat aku.. barangkali mereka akan tahu, betapa peritnya berhadapan dengan situasi begini. Tapi terus terang... bila aku meletakkan takdir Allah SWT. di tempat pertama... dan Allah SWT  lebih mengetahui apa yang aku lalui.. aku jadi lebih tenang.... INSYALLAH....

Isnin, 16 April 2012

Allah sedang menguji...

Rasanya dah lama juga aku tak menulis....entahlah kebelakangan ni, minat nak menulis blog merudum sekali..... Bukan tak buka laptop ku ini... merayau-rayau tapi ku tutup semula....

Kalau nak kata rutin hidup lebih sibuk... boleh laa juga. Dah hampir dua bulan, ..tiap hujung minggu aku ke kelas mewarna... dan rutin kerja sekolah pun kian bertambah.... Aku sendiri pun nak kata sihat seratus peratus pun tidak juga.... Minggu lepas ke klinik, doktor dah bekalkan aku inhaler... guna bila semput.... dan nampaknya ia berkesan juga..

Cuma kebelakangan ini.... jiwa aku kian kacau dengan masalah si Faiz dan si Hakim...anak-anak ku..Kehadiran mereka ke sekolah terus merosot... Aku dah cuba berjumpa dengan ustaz di Darul syifaq.. ternyata mereka berdua terkena gangguan... tak boleh tidor malam. Kalau aku suruh tidor ,.. mereka akan tidur.. tapi lewat tengah malam mereka terjaga dan tak boleh tidor.... dan esuknya dah tentu tak berdaya nak ke sekolah...

Si Faiz memang mulanya aku ingat kerana komputer...  mungkin jugalaa pada mulanya... tapi kian lama kian lain jadinya.. Dah pakai baju sekolah... tiba-tiba mogok tak nak ke sekolah... Motivasi dan semangat nak ke sekolah langsung tak ada.....  Si Hakim pun.. kadang-kadang sebelah malamnya, sudah beria nak ke sekolah.. siapkan baju dan persiapan nak sekolah... bila tiba time suboh baru nak mengantuk......

Tapi alhamdullillah.... si Kecik tak terkena pula... jadilaa dia jadi penawar keresahan aku buat masa ini...  Memang setiap pagi... mengejut si Kecik lebih mudah dari abang-abangnya.....

Aku pun dah research kat internet... memang gangguan jin dan iblis...boleh menyebab kita tak tidor malam... dah lebih berat kerana ia berkait dengan saka...
Barangkali sudah ditakdirkan...apa-apa pun, aku sendiri kena kuat menghadapi dugaan ini... Macam kakak aku cakap...Ros.. kita kena fisabillillah.....kena lawan ...

Rabu, 21 Mac 2012

Result SPM dah keluar..

    Terus terang aku katakan.. kalau orang tanya result spm sekolah aku sekarang..  sek Menengah
Seri Ampang... memang aku tak tahu... Dari waktu ke tiga aku ke bilik seni hingga balik aku tak ke bilik guru... malah tak jumpa guru-guru lain untuk bertanya..

   Sebenarnya hati aku lebih mengeletek nak tahu result di sekolah lama ..... Kalau diberi izin memang aku akan " fly" ke sana sekejap... tapi apa daya.. aku guru biasa. Akhirnya aku contak sorang dua anak murid yang agak rapat....risik-risik, dapat laa aku tahu ..cuma 5 orang pelajar aku dapat A.. dan ada seorang yang dapat A+... Memang aku dah jangka dia boleh dapat. Dan subjek aku PSVdapat 100 %
...  fuhh lega...

      Cuma aku agak kesal ada sorang dua anak murid aku yang aku harap dapat A tapi tak dapat... cuma dapat B+...apa nak buat.. itu saja yang boleh mereka capai.

Ahad, 18 Mac 2012

.Jadi Guru tuisyen ....

       Kalau orang kata facebook tu tak ada faedah.... pada aku tidak laa juga.. Sebab melalui facebook laa aku mengenali pemilik kelas mewarna ini, yang bertempat di Klebang Restu...di Ipoh... Mulanya perkenalan kami... bermula bila Ekin ( pemilik art class ini ) datang belajar membatik dari aku...
   Satu hari aku terpandang di Wall fb Ekin... dia memerlukan pembantu untuk kelas mewarnanya...  Jadi aku pun memberi kesanggupan untuk membantu... tanpa memikirkan komitmen aku yang lain..hehehe  Jadi sambil-sambil aku mengajar... aku daftarkan sama si Kecik untuk kelas mewarna ini...
 Terus terang aku katakan... aku memang teruja dengan pelajar-pelajar di sini... pertama  kerana kebanyakkannya "orang kita".. dan yang keduanya pelajar-pelajar ini pelajar " cilik"... baru tadika, tahap 1 dan tahap 2... yang sekolah menengah hanya sorang dua..
 Tapi hasilnya.....  memang mengkagumkan aku.... selama ini aku mengajar di sekolah menengah... jenuh aku mengejar budak-budak untuk menyiapkan latihan... tapi sebaliknya di sini.. mereka sabar dan tekun... cuma sesekali keluar ke tandas.
 Karya di atas ini hasil kerja pelajar baru tahun 5... Ibunya, ibu tunggal datang naik bas dari Kuala Kangsar.. semata-mata mahu anaknya belajar di sini.. tapi memang berbaloi.. Anaknya ada bakat yang besar....
Kalau di rumah susah nak ajar anak sendiri... di sini, baru aku dapat latih si Kecil mewarna.

 Pada aku datang ke sini... walaupun mencuri masa aku pada hujung minggu.. tapi dah jadi macam terapi minda buat aku... walaupun mengajar kadang-kadang sampai 4 jam tapi tak meletihkan... dan aku jadi lebih tenang....
siapa saja pasti teruja bila tengok hasilnya...
Lihat saja hasil kerja si Kecik... walaupun belum siap... tapi dia dah boleh menguasai teknik mewarna yang betul....