9 hb Oktober 2012...Faiz dan semula calon PMR seluroh Malaysia menduduki , peperiksaan....Alhamdullillah walaupun Faiz tak ke sekolah hampir 2 bulan..tapi dia nampaknya berkeyakinan untuk ambil exam. Aku tak mengharapkan apa apa..cuma memandai kalau dia lulus dalam exam...itupun aku dah cukup bersyukur dan redha...
perkongsian minat tentang kerja seni, kraft dan hobbi kerja tangan....
Rabu, 10 Oktober 2012
Ahad, 16 September 2012
Mencari Lembu...
Hari ini selesai misi mencari lembu..... Setelah sepakat dengan adik dan kakak, hari ini aku balik kampung. Aku tumpang Kak Pidah saja, yang kebetulan ada reunion sekolahnya di Ipoh. Malam tadi, kami terus balik ke kampong.. pukul 1.15 malam sampai. Abah dan emak dah tidor, nasib abang Aziz aku yang ada di kampong belum tidor.
Sebenarnya... aku dah lama berhajat nak buat korban di kampong. Dan hasrat ku disambut baik oleh adik beradik aku yang lain... Selama ni, aku join korban, warga sekolah saja.. Lepas raya hari tu, kami dah mulakan perbincangan untuk berkongsi dan mencari lembu..( ikut facebook je...hehehhe) dan hari ni kami bersetuju untuk pergi meninjau lembu yang dihajat...
Sebelum pergi, aku ingat, lembu yang nak kami tengok ada dalam kandang.. macam lembu lembu yang pernah kami bela dulu.... rupanya lembu lembu lepas bebas dalam kebun ...tunggu punya tunggu, akhirnya kami di bawa ke satu tempat lain... tempat tak berkandang juga...!!!!
Perjalanan melalui lorong sempit bertar, tapi agak lecah di kiri kanan... habis kereta adik dan kak pidah berselut. Kemudian baru aku teringat, kawasan tu dulu, masa kecilku, kawasan sawah padi.. rupanya, jalan tersebut tembus ke jalan Trong. Kami dibawa ke satu kawasan...macam kebun getah tapi semaknya... macam tak bertuan..( tapi getahnya macam bertoreh) dan sampai ke satu kawasan tanah wakaf.... rupanya lembu yang kami nak cari tu memang melepak kat tanah wakaf....tanpa kandang...
Mulanya berat juga hati nak melangkah masuk ke tanah wakaf.... tapi bila tengok lembu dah berbaris...( lembu diumpan dengan air garam oleh tuannya ) jadi mudahlah kami memilih...Lucu juga rasanya memilih lembu di celah celah barisan batu nisan.... tapi nak buat camana..itu je caranya. Akhirnya kami memilih seekor yang harganya agak reasonable..
Tengahari tadi, aku ikut kak Pidah balik... kami balik awal, sebab Kak Pidah nak pergi kenduri kahwin... tapi sempat laa makan nasi... Cuma yang aku perasan, sejak balik tadi, badan aku rasa macam tak sedap je.. lengoh sebelah badan...dan sekarang pun aku sedang mendengar ayat ayat rukyah....

Selasa, 11 September 2012
Dah mula malas laa tu..
Dah lama tak update entri dalam blog... dah mula malas laa tu.
Maaflaa rakan rakan blogger... dah mulai merasai tak ada cerita menarik untuk dikongsi bersama...
Insyaallah ada yang menarik.. akan ku tulis lagi...

Ahad, 19 Ogos 2012
Selamat Hari Raya 2012
Selamat Hari Raya 2012...Maaf Zahir Batin. Tahun ni aku sekeluarga beraya di Matang....
Dan untuk sekian kalinya...baru dapat ambil gambar sekeluarga. Kalau tidak jangan nak harap...
Seronok dapat beraya dengan emak... dan aku akui..aku beruntung kerana masih ada emak yang boleh di peluk cium di pagi raya... Masa ni, abah masih belum balik dari masjid...tak sempat bergambar dengannya...
Anak teruna aku..Fakrul Razi, dengan gaya rambut ala Hafiz...
minggu depan, rambut ni akan dikorbankan... kerana dia nak mendaftar masuk ke UIAM Gombak...
Fauzan Hakim... sehari dua ni, happy jadi driver aku...
Faiz Bukhari dan Farizh Haiqal....gambar sehari sebelum raya.
Farizh Haiqal @ Kecik...berposing di pagi raya...
Sebenarnya aku juga nak minta maaf ... kerana akhir akhir ini aku dah kian malas nak menulis dalam blog aku ini. alhamdullillah... sebelum balik raya, aku jumpa balik charger kamera....hehehe baru dapat ambil gambar....
Insyaallah... kalau ada peluang aku akan terus menulis...
Sabtu, 21 Julai 2012
Salam Ramdhan
Masa begitu pantas... hari ini dah berlalu 1 ramdhan.... Salam untuk semua pembaca blog saya yang tak seberapa ini... Maaf dari segala keterlanjuran kata dan tulisan... Moga Ramdhan ini penuh berkat ...AMIN....
Ahad, 15 Julai 2012
Alhamdullillah.....
Semalam seharian di sekolah kerana ada event Hari Ko kurikulum....Kalau ikut senarai tugas, kerja aku cuma jadi tukang bancuh air untuk minum petang pelajar pelajar perkemahan.... tapi di luar senarai...aku ditugaskan melaksanakan pameran untuk bidang kemanusiaan....
Alhamdullillah... aku ramai kenalan dalam bidang aku sendiri, terutama bidang seni lukis...Mulanya aku ingat nak jemput pembuat seramik yang pernah berkerjasama dengan aku tahun lepas di sek raja chulan.... tapi memandangkan tempat pameran di dalam kelas ...aku agak tawar hati, sebab bermain tanah liat mesti tak dapat lari dengan debu tanah yang halus dan sukar dibersihkan.... Jadi aku kontak president Persatuan pelukis Negeri Perak...Hamidon... Malangnya Hamidon, tak dapat hadir kerana ada urusan lain.... dan pilihan kedua aku adalah Ngadawiah.... atau aku panggil Gee.
Gee adalah pelukis wanita muda yang begitu komited di Ipoh ni...syukur bila aku jemput dia tak menolak. ... Itulah hikmahnya bila selama ini, ,..aku tak pernah menolak....bila aku diajak mereka untuk menjayakan event mereka.
Bila aku bagi tahu Guru Ketua Bidang... aku berjaya menjemput pelukis, dia ternyata gembira. Tapi.... dia minta aku carikan pula... orang yang pandai demo untuk seni Khat.... Kebetulan pula aku kenal seseorang yang selalu buat demo tulisan Khat.... dan tinggal dekat pula dengan sekolah.... permintaan itu mudah saja bagi aku... dan rezeki aku baik...ustaz tersebut menerima dengan senang hati...alhamdullillah....
Jadi....untuk hari Ko ko... aku berjaya bawa dua pelukis..seorang pelukis potret dan seorang lagi pelukis seni Khat.....
Pada hari berlangsung.... bilik pameran ,,begitu dapat sambutan... terutama untuk sessi melukis potret....
Gee bagi harga special price untuk hari tu... berduyun budak berbaris untuk dilukiskan.....Gee pulak begitu sabar melayan kerenah budak budak.... hingga ke petang...dia masih melukis padahal sepatutnya sampai tengahari saja....bayangkan 20 orang lebih minta dilukiskan potret ...
Tulisan khat kurang sambutan dari pelajar... tapi dari guru guru aku perhatikan ramai juga yang berminat... terutama bila ustaz mula menulis nama aku dan anak anak serta suami dengan tulisan yang begitu cantik......malangnya aku tak bawa kamera.....
Sebelah malam pula ada jamuan keluarga.... makan makan buah durian, manggis, rambutan... serta panggang ayam......tapi aku dah keletihan... makan pun sekadar nya saja... Yang aku kagum... rupanya cikgu cikgu seri ampang ni... sporting bila bab kareoke.... dan baru aku tahu, salah seorang guru sekolah ini adalah ibu perserta AF musim ke8 ..Shidee.. Malam tu ayah dan adiknya turut sama menyanyi... Aku...???? sebenarnya teringin juga men .sumbang kan suara.... tapi terasa malu sebab ada bekas guru yang juga jiran aku hadir sama.....hahhahahhahah kalau tidak apa salahnya yer.....sesekali melepaskan tension..
Aku balik rumah sebelum acara berakhir...sebab dah mengantuk...
Balik rumah.... aku dapat berita gembira......Razi dapat menyambung ke peringkat ijazah di UIA bidang kejuruteraan...Alhamdullillah......hilang penat aku seharian.......
Allah Maha Pengasih...Allah Maha Penyayang....

Jumaat, 6 Julai 2012
Peperangan bermula...
Kebelakangan ni, aku dah jarang jarang menulis... bukan sekadar masa yang mencemburui, tapi internet kat rumah pun dah mula meragam ...Mulanya aku ingat aku tak bayar bil kat Telekom....tapi lupa pula aku bayar auto pay guna kad kredit... hehehe...Entah apa silapnya, lepas Faiz buat operasi check semua kabel....akhirnya baru dapat kembali line internet....
Dan masa pun begitu terbatas sekali... Balik sekolah bawa suami ke hospital...lewat pukul 5 baru balik ke rumah...dengan badan yang dah begitu letih... Dah tu pegang mesin jahit pulak, tolong jahitkan beg untuk kerja kursus tingkatan 5... Rumah pun dah macam tongkang pecah....hahhaahhhah. jangan mak mertua datang udahle.... terkejut beruk dia nanti. Nasiblah semua di rumah hanya orang lelaki.....kalau ada anak dara, mungkin dah ringan sikit beban kerja ni....
Dalam dua minggu ni..terasa stress benar....kerja kursus pelajar sepatutnya dah dikumpul. ..tapi setakat ni masih belum boleh dilakukan. Aku bagi dateline minggu depan......Kalau ikut tension memang tension.... budak budak buat tak kisah saja.... ada yang tak nak buat langsong.. memang mati akal dibuatnya. Udah tu, kelas mereka.... umpama seberang pulau.... dengan bilik seni .. nak dilaung tak boleh nak dikejar tak dapat..... Bila time kelas seni... ada yang timbul ada yang tenggelam tak timbul timbul......entah laaa.... memang kacau jiwa dibuatnya...
Dan siang tadi aku kena buat post mortem peperiksaan pertengahan tahun.....hanya 25 peratus lulus...pertama kali dalam rekod aku mengajar... Masa mesyuarat kurikulum , nasib baik PK 1 tak tanya kenapa result teruk sangat..... Kalau tidak aku akan jawab... inilah realiti, subjek ini pun sekadar perlukan budak yang ada otak juga.... tapi attitude mesti juga baik.... Kalau nak bawa colour pun tak nak... nak beli berus pun tak mahu... semua nak harapkan cikgu... inilah hasilnya.... semua nak disubsidi... nak di beri free....
Sebenarnya aku kena cari strategi...... tapi buat masa ni, aku masih bingong lagi memikirkannya..... bukan apa, setakat ini aku nak bawa badan naik ke bilik seni yang di tingkat dua pun dah menyakitkan hati.... inikan pula nak suruh budak budak tu enjoy datang ke sana...
apa apa pun buat masa ni, aku cuma berserah...... apa apa pun tunggu minggu depan , tengok respon yang hantar kerja kursus....

Langgan:
Catatan (Atom)