Hari ini dengan rasminya... sahlah debaran aku selama ini. Sejak ura-ura mengatakan ada pertukaran untuk guru-guru lama yang lebih 15 tahun... aku dah terasa macam nak kena digerakkan..
Tengahari tadi, sebelum aku balik... bertembung dengan ruhaida PK Hem sekolahku... dia yang bagi tahu. Aku ada di sekolah kerana buat kelas tambahan untuk calun SPM kertas PSV... yang akan berlangsung esuk...
Ke pejabat... semua dah keluar rehat... jadi aku tunggu esuk je.. Khabarnya aku kena tukar ke SMK. Seri Ampang... dekat je dengan rumah...hhehe tapi nak kena daki tangga laa pulak...Mungkin kerana aku dah bersedia, dari segi mental... rasa ok je.... lagi pun, berapa lama nak tunggu di sekolah ni...??? nasib laa ditukarkan pun dekat.. kalau jauh pening juga...
Apa-apa pun..... di mana saja serupa saja...
perkongsian minat tentang kerja seni, kraft dan hobbi kerja tangan....
Rabu, 30 November 2011
Selasa, 29 November 2011
Isnin, 28 November 2011
Selasa, 15 Mac 2011
Hiasan Topi Keledar.. soalan spm KRSV 2011
Mencuba soalan spm untuk Kajian Rekaan Seni visul 2011...memberi pengalaman baru. Kerana selama ini tidak pernah pula aku melukis atas topi keledar. Menggunakan topi keledar kanak-kanak ( saiz lebih kecil ) dan media akrilik., rasanya tidak susah sangat untuk pelajar-pelajar nak buat.
Jumaat, 14 Januari 2011
TAHNIAH....
Hari ini aku dapat tahu ada majlis perpisahan di sekolah khusus buat guru-guru yang dinaikkan pangkat dan berpindah sekolah....Malangnya aku tak ada di sekolah hari ni, kerana menyelesaikan tugas akhir tahun....dah seminggu aku tak ke sekolah...jadi aku cuma baca dalam blog Pusat Sumber yang aku kendalikan sejak tahun lepas. Sekarang aku dah amanahkan pada seorang pelajar untuk mengendalikannya, disamping aku memantau tulisan dan isi entry yang ditulis.. dan nampaknya dia dah berjaya, menulis dengan baik.
Sebenarnya, aku akan kehilangan rakan aku di atas ini... kerana beliau adalah seorang kawan yang banyak berkongsi minat dengan aku dalam bidang sastera dan penulisan... Aku tak hairan sebenarnya, bila dia dinaikkan pangkat terlebih dahulu.... sebab dia memang layak....dan banyak memberi sumbangan dengan kepakaran yang dia ada. Tahniah ..Farauwahida...I will miss you....!!!!!
Sebenarnya, aku akan kehilangan rakan aku di atas ini... kerana beliau adalah seorang kawan yang banyak berkongsi minat dengan aku dalam bidang sastera dan penulisan... Aku tak hairan sebenarnya, bila dia dinaikkan pangkat terlebih dahulu.... sebab dia memang layak....dan banyak memberi sumbangan dengan kepakaran yang dia ada. Tahniah ..Farauwahida...I will miss you....!!!!!
Sabtu, 8 Januari 2011
Nyaris tak tegur....kalau tidak malu je...hahahha
Hari ni kereta tua aku ni meragam lagi...Sebenarnya dah lama juga aku tak bawa dia berjalan. Sejak dari bulan 12 lagi rasanya... Tapi kerana masalahnya sama...aku tak risau sangat. Tunggu sejuk, tambah air ...hidup laa balik. Dah puas hantar ke pomen...masih masalah yang sama..( tapi sebenarnya aku lupa nak tambah air sebagaimana disuruh dek My suami....jangan bagi tau dia nanti teruk kena leter.
Untuk menghilangkan boring, nak menunggu sekurang-kurang setengah jam....aku ajak anak ke gerai berhampiran....konon nak pekena air aje ( tengah panas hari ni...) tapi aku siap order laksa....anak aku gelak aje bila aku ambil gambar.. Dia dah tahu perangai aku.
Tapi sayang...laksa memang sedap, tapi pedas laa pulakk...dia guna cili padi kot...
Sebenarnya tekak aku ni...kalau terpedas sikit...mulalah membunuh selera..sebab nak cover rasa pedas...
Kalau panas sangat pun aku tak suka...heheh...kena tunggu suam-suam kuku...kena belajar sabar laa gitu..
Tak mampu nak habiskan..suruh Faiz habiskan..Dia pun mengelupur pedas...hehehe
Sebenarnya sambil makan, aku terpandang seorang mamat....pakai topi, muda lagi..duduk meja sebelah aku...Macam aku kenal je..Macam muka sorang blogger..yang meletup letup....
Cuba cam muka dia..ada taik lalat tepi mata...ada parut atas dahi...ada janggut sejemput..hehehe..suruh anak aku perhatikan juga...mana nak tahu betul orangnya...nak tegur seganlaa pulak. Kalau salah orang kan malu......Si Mamat ni pun macam perasan aku dok jeling pandang dia..kami duduk setentang sebenarnya...hahha
Balik rumah terus bukak..blog..cari blog si Mamat Blogger tu....
ooooo SAH.....salah orang...hehhehehhe
Nasib....Kalau tegur tadi...Malu Mak...!!!!!!!
Sabtu, 30 Oktober 2010
Jamuan akhir tahun..,,Pusat Sumber 2010

Hari ini aku kena menghadiri satu jamuan khas untuk pengawas-pengawas Pusat Sumber.
Dua bulan dulu,,,aku cakap je kat pengawas baru dari tingkatan 6 rendah yang dilantik, supaya mereka mengurus jamuan akhir tahun dan perpisahan untuk pengawas-pengawas yang akan meninggalkan sekolah... Nampaknya mereka uruskan hal ini dengan baik sekali.

Dari cari tempat jamuan, bayaran untuk jamuan, sijil-sijil, hadiah dan permainan serta persembahan...semua mereka yang uruskan.
Yang aku bantu cuma dapatkan LCD, sijil, dan hamper sahaja.....dan hari ni aku datang jamuan dengan senang hati... Memang suksess...Pengetua pun nampaknya puas hati.

Sebagai guru penyelaras, aku kenalah bagi ucapan...Up sikit pengawas-pengawas ni...kerana mereka memang bagus dan rajin....
Langgan:
Catatan (Atom)















