Kalau orang kata facebook tu tak ada faedah.... pada aku tidak laa juga.. Sebab melalui facebook laa aku mengenali pemilik kelas mewarna ini, yang bertempat di Klebang Restu...di Ipoh... Mulanya perkenalan kami... bermula bila Ekin ( pemilik art class ini ) datang belajar membatik dari aku...
Satu hari aku terpandang di Wall fb Ekin... dia memerlukan pembantu untuk kelas mewarnanya... Jadi aku pun memberi kesanggupan untuk membantu... tanpa memikirkan komitmen aku yang lain..hehehe Jadi sambil-sambil aku mengajar... aku daftarkan sama si Kecik untuk kelas mewarna ini...
Terus terang aku katakan... aku memang teruja dengan pelajar-pelajar di sini... pertama kerana kebanyakkannya "orang kita".. dan yang keduanya pelajar-pelajar ini pelajar " cilik"... baru tadika, tahap 1 dan tahap 2... yang sekolah menengah hanya sorang dua..
Tapi hasilnya..... memang mengkagumkan aku.... selama ini aku mengajar di sekolah menengah... jenuh aku mengejar budak-budak untuk menyiapkan latihan... tapi sebaliknya di sini.. mereka sabar dan tekun... cuma sesekali keluar ke tandas.
Karya di atas ini hasil kerja pelajar baru tahun 5... Ibunya, ibu tunggal datang naik bas dari Kuala Kangsar.. semata-mata mahu anaknya belajar di sini.. tapi memang berbaloi.. Anaknya ada bakat yang besar....
 |
Kalau di rumah susah nak ajar anak sendiri... di sini, baru aku dapat latih si Kecil mewarna. |
Pada aku datang ke sini... walaupun mencuri masa aku pada hujung minggu.. tapi dah jadi macam terapi minda buat aku... walaupun mengajar kadang-kadang sampai 4 jam tapi tak meletihkan... dan aku jadi lebih tenang....
 |
siapa saja pasti teruja bila tengok hasilnya... |
Lihat saja hasil kerja si Kecik... walaupun belum siap... tapi dia dah boleh menguasai teknik mewarna yang betul....