Jumaat, 14 Januari 2011

TAHNIAH....

Hari ini aku dapat tahu ada majlis perpisahan di sekolah khusus buat guru-guru yang dinaikkan pangkat dan berpindah sekolah....Malangnya aku tak ada di sekolah hari ni, kerana menyelesaikan tugas akhir tahun....dah seminggu aku tak ke sekolah...jadi aku cuma baca dalam blog Pusat Sumber yang aku kendalikan sejak tahun lepas. Sekarang aku dah amanahkan pada seorang pelajar untuk mengendalikannya, disamping aku memantau tulisan dan isi entry yang ditulis.. dan nampaknya dia dah berjaya, menulis dengan baik.

    Sebenarnya, aku akan kehilangan rakan aku di atas ini... kerana beliau adalah seorang kawan yang banyak berkongsi minat dengan aku dalam bidang sastera dan penulisan... Aku tak hairan sebenarnya, bila dia dinaikkan pangkat terlebih dahulu.... sebab dia memang layak....dan banyak memberi sumbangan dengan kepakaran yang dia ada. Tahniah ..Farauwahida...I will miss you....!!!!!

7 ulasan:

  1. Salam cikgu,

    Anak didik akan jadi pandai hasil didikan cikgu yg rajin tak jemu-jemu. Tahniah!!

    BalasPadam
  2. salam, saya cikgu baru n mentah datang nk menuntut dengan cikgu lama. mybe cikgunie dah taraf cikgu2 saya ....

    suka bila ada cikgu2 lama suka berblog..canggih gitu...

    BalasPadam
  3. Salam cikgu..seronok jumpa blog cikgu sebab saya cikgu juga..:)

    BalasPadam
  4. Hello Roslaini, congratulations to your friend.
    I'm sure she too will miss you.
    Here's hoping you too boleh dapat naik satu bintang lagi one of these days.
    Wishing you and family the very best of the rabbit year.

    Da lupa what is the bahasa name for rabbit, ha ha.

    Saya suka to laksa previous posting. Tengok sedap best tu.
    Saya suda makan laksa dari Kota Baru to JB to Penang to Alor Star
    as I love to eat it. Apa laksa pun sedap...
    Bila you masak laksa send me telegram....ha ha.
    Have a pleasant weekend, Roslaini, and simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    BalasPadam
  5. maaf...lama saya tak buka laman blog saya yang ini .tak sangka ramai yang singgah...

    BalasPadam
  6. tak sangka pusat sumber pun ada laman blog...
    boleh saya cadangkan kat guru pusat sumber saya nanti..

    BalasPadam
  7. Bagus Cikgu Roslaini boleh mendidik anak-anak kita berbahasa; kurangkan mereka menggunakan bahasa rojak; sesekali nak tulis blog dalam Bahasa Inggeris amat digalakkan janji Bahasa Melayu kita akan tetap terpelihara.

    Sy amat sakit mata jika tenguk blog Bahasa Melayu penuh bahasa rojak kecualilah di ruang maklum balas atau forum begini

    BalasPadam