Selasa, 3 November 2009

Membuat bekas hantaran.

Baru ni saya diminta untuk menyiapkan hantaran untuk anak sedara yang akan bertunang..Jadi perkara pertama yang saya lakukan ialah membuat servey di kedai menjual alatan perkahwinan di Jalan Kuala Kangsar di Ipoh ni. di situ kita boleh mendapat berbagai idea dan dapat merangka budget yang diperlukan.. samada yang berkos tinggi atau sederhana.
Pilihan kakak yang anaknya bakal bertunang ialah bekas kos sederhana.. Jadi saya memilih bekas plastik ini untuk menjadi bekas hantaran. Ada pelbagai saiz, jadi kita perlu tahu apa yang hendak kita masukkan ke dalam bekas ini.
Langkah pertama yang saya lakukan ialah membentuk dulu bekas plastik ini. ( Dijual dalam bentuk kepingan ) Bagi sesiapa yang tiada pengalaman tidak perlu risau kerana senang sekali membentuk bekas plastik ini. Kemudian saya melekatkan reben putih seperti di atas....
Reben dilekatkan secara bersilang lebih kurang 1/4 dari permukaan kotak plastik.


Kemudian...lekatkan pembalut untuk mendapatkan corak pada bekas. Ada banyak pilihan dijual di kedai alat-alat perkahwinan. kerana saya memilih tema biru..jadi saya memilih kertas ini.



Hasilnya lebih kurang begini apabila telah dibalut.




Peringkat ini saya cuba memadankan bunga yang sesuai untuk kotak ini.





Akhir sekali saya melekatkan renda untuk kemasan akhir dan lace untuk kemasan bawah







Inilah hasilnya..... ok selamat mencuba.






5 ulasan:

  1. salam... senang je nak membuatnya ya kak... tapi harga bahannya yang agak lumayan kan...

    * simple tapi menarik!

    BalasPadam
  2. umi...
    sebenarnya harga tu bergantung dengan kita...kalau pegang benda mahal..jadi mahal laa dia..macam bunga tu..boleh ganti bunga yang digubah sendri..

    BalasPadam
  3. Babah nak tumpang komen. Jika ada jodoh lain nanti bolehlah minta tolong Ros buatkan bekas hantaran. Gurau je. Mungkin setahun dua nanti saya akan terima menantu,so ready jelah menerima tempahan daripada saya.

    BalasPadam
  4. Babah...terima kasih...
    saya suka menolong..kalau nak tempah tak salah..hehehe

    BalasPadam
  5. cantik.. mana nak daptkan kotak plastik tu?

    BalasPadam