Semalam sambutan hari guru...meriah sungguh. Aku diberi kepercayaan membacakan puisi ' Anak Muridku ' hasil nukilan seorang penyair Indonesia.. malangnya aku tak tahu siapa namanya, kerana rakan guru yang meminta aku mendeklamasikan sajak hanya mencatat puisinya tanpa mengambil nama penulis....( ermmm...kalau bukan berjiwa penulis biasalah begini...ambil lauk tukang masak tak diperduli ... Sambutan pelajar-pelajar bila aku membacakan puisi ...sungguh luar biasa. Semasa naik ke pentas pun ...anak-anak muridku dah riuh bersorak... ( budak-budak kelas hujung memang suka bersorak... aku pun melambai tangan umpama seorang bintang naik ke pentas...hahahhahah kelakar pun ada... sayangnya aku tak bawa kamera... dan aku masih menanti gambar yang diambil oleh sidang redaksi sekolah....Dan bila aku melangkah turun...aku dapat pujian dari rakan-rakan guru dan pelajar.....
Tahun ni.. pecah juga rekod dapat hadiah banyak... Rupanya di sini budayanya, setiap kelas wajib sediakan hadiah untuk guru yang mengajar.... jadi kalau aku mengajar 9 kelas... 9 hadiah laa aku terima termasuk hadiah dari PIBG jadi 1O... jadilah walaupun pen dan epal. Sterika tu, aku dapat dari acara tukar-tukar hadiah dengan kawan-kawan guru....acara suka suka...siapa nak join beli hadiah... dan kami bertukar hadiah.... Paling sukanya aku kerana dapat apron...hahahha macam tahu aku memang memerlukan apron di bengkel.
Tapi ini cerita semalam.... hari ini lain pula ceritanya....Barangkali hari ini lebih menampakkan warna aku yang sebenar.... Aku backing anak aku sendiri ...siapa lagi kalau bukan si Hakim. Sehari dua ni...alhamdullillah, kehadiran Hakim ke sekolah memang boleh dipuji..walaupun kadang-kadang lambat....Dan sejak mula peperiksaan Hakim memang datang ke sekolah... Aku sebagai emak memang lega... walaupun, aku tahu Hakim bukan menjawab sangat... kadang-kadang tidor dalam dewan peperiksaan.... Tapi aku hangat hati dengan cikgu disiplin... time budak nak exam, masa tu sibuk laa mereka nak ambil tindakan...Lagipun yang aku marah, rambut si Hakim bukan panjang pun... cuma di trim lagak budak nakal... semalam Hakim dah minta duit nak betulkan rambut.... dan aku pun dah puas hati walau pun tak capai 1OO peratus...Rupanya cikgu disiplin tak puas hati lagi... lebih sakit hati... marahnya dalam bilik guru.... time rehat pulak tu.
Aku tahu... cikgu cikgu disiplin semua cikgu muda ... anak anak masih kecil. Time anak anak masih mengikut kata. Anak-anak aku masih kecil pun masih taat.. masih dengar cakap... Aku bukan backing anak ...tanpa fikir.... Anak aku hadir ke sekolah pun dah besar rahmat..sekarang mereka nak ganggu anak aku... Kalau kesalahan besar dilakukan aku tak marah sangat... pasal rambut saja.. yang pada mereka tak molek... Kalau panjang aku pun marah... Dan hari ini ... aku tengok Hakim menangis..... aku pun rasa nak menangis....
Memang aku tahu... rakan-rakan guru tak akan faham kenapa aku backing Hakim...kenapa aku melindungi anak aku... kerana mereka tak rasa apa yang aku rasa... Paling aku kecil hati dengan guru kelas si Faiz... bila aku nak berbincang pasal si Faiz langsung tak ada masa... bercakap dengan aku pun mahu tak mahu... nasib baik HEM sekolah aku baik....
Ada rakan guru pandang aku dengan ekor mata.... bila bercakap tentang pelajar bermasalah tak pernah fikir perasaan aku yang ada anak bermasalah, salahkan ibubapa sedap sedap mulut...... cuma ada seorang dua yang memahami... kerana dia pun ada anak seperti anak aku...
Maaflah aku katakan... hari ini aku cuma berdoa... sesiapa saja yang tak faham apa yang aku rasa...biarlah satu hari nanti mereka juga merasakan apa yang aku rasa.....supaya mereka faham apa yang aku rasa....Allah Maha Kaya... dan Allah Maha Adil....
hadiah hari guru yang aku terima. |

Begitulah Ros, manusia tidak akan rasa sakit dengan hanya melihat kesakitan orang lain sehinggalah sakit itu terkena pada diri mereka sendiri. :(
BalasPadamTerima kasih Kak Cik... Kak cik sentiasa bagi sokongan pada saya..walaupun cuma di alam maya...
BalasPadamBersabarlah cikgu,sesungguhnya semua itu sebagai ujian dari Allah. Selamat hari guru
BalasPadamTerima kasih cikgu... Memang benar.. saya terima sebagai ujian Allah..saya redho...
PadamDugaan ibu yang bergelar guru yang membesarkan anak2 di zaman ini, bukan mudah. banyakkan bersabar.
BalasPadamBetul Dekni.. dulu bila anak tak satu sekolah tak terasa sangat... memang cukup bersabar laa ni..kalau tidak tak tahulaa..
Padam