Isnin, 28 Mei 2012

Alhamdullillah...

Alhamdullillah. ....hari ini genap seminggu My suami masuk hospital...dan sehari ke sehari  keadaannya bertambah baik... dah boleh duduk dan ke tandas.
 Buktinya lihat saja gambar di atas...dah boleh duduk dan berfacebook...



Pengalaman menarik..siapa sangka jumpa pula si Shahir AF di wad ini... kerana datang ziarah bapanya yang sakit. Pada hari aku bergambar ini...bapanya dah dibenarkan balik..

wajah si Razi yang keletnihan. Malam menjaga ayah kemudian terpaksa balik ke kampong Bota
untuk mengambil kerusi roda untuk ayahnya... 
                        Si Kecik dan laptop..setia menunggu ayahnya.. Dah boleh diharap menolak kerusi roda ayahnya ke tandas..
Si kecik ni bagusnya dia bukan jenis yang geli  untuk bantu ayahnya ke tandas...terharu juga tengok dia sabar menunggu ayahnya...di tandas.








2 ulasan:

  1. Syukurlah kerana kita dikurniakan dengan anak2 yang walau 'buruk' di mata orang lain, tapi hanya kita dan Allah yang tahu akan kelebihan yang mereka ada. :)

    BalasPadam
  2. Yelaa.. Kak Cik...setakat ni alhamdullillah..anak-anak membantu...kalau tidak mahu pengsan juga..berungut rungut tu biasalaa budak-budak tapi mereka bergilir gilir...

    BalasPadam