Ahad, 13 Mei 2012

Aku Redha...

....Esuk aku kena buat keputusan untuk memberhentikan Faiz dari sekolah . Ini semua terpaksa aku lakukan setelah aku buat perbincangan dengan pihak HEM.. Mahu tidak mahu Faiz kena diberhentikan untuk mengelak tindakan tatatertib dibuang sekolah.... Kalau dah dibuang, jawabnya dah ada rekod yang kurang baik.

      Aku pun sebenarnya kena redha.... Yakin dengan ketentuan Allah, rezeki , jodoh, maut ditanganNya..... Yakin bahawa masa depan anak aku, bukan ditentukan oleh manusia... tidak berjaya dalam akademik bukan berakhir semuanya....

      Sebenarnya, sehari dua ini...terasa lega sikit...Faiz dah mahu keluar rumah. Dah bercakap balik pasal impiannya... walaupun masih dingin tentang sekolah....Bila dia begitu pasif...keluar rumah pun tak nak...turun ke bawah bila lapar sahaja...memang merisaukan ....lebih risau dari dia tak ke sekolah.

    Tak kisahlah... kalau orang kata aku tak pandai didik anak.... tapi kalau sesiapa di tempat aku.. barangkali mereka akan tahu, betapa peritnya berhadapan dengan situasi begini. Tapi terus terang... bila aku meletakkan takdir Allah SWT. di tempat pertama... dan Allah SWT  lebih mengetahui apa yang aku lalui.. aku jadi lebih tenang.... INSYALLAH....

5 ulasan:

  1. Semoga Ros terus bersabar dan semoga ada jalan lain untuk Faiz menempuh liku kehidupan ini. Amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Cik... terima kasih kerana terus terusan memberi sokongan dan kuatan moral... ada perkara nampak mudah disebut...tapi sebenarnya tak mudah ditanggong...terima kasih kak cik..

      Padam
  2. setuju dengan kakcik... mudah di depan menunggu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Gedek... di saat saat begini sokongan kawan-kawan adalah kekuatan...

      Padam
  3. assalamualaikum uda,
    bersabar ya.ada rezkinya dibahagian lain tu

    BalasPadam