Isnin, 26 Disember 2011

seronoknya... bila adik beradik dan anak saudara datang ke rumah.....

      Panjangnya tajuk entry aku yer...hehehhe
tapi inilah sebenarnya perasaan aku semalam....
Ini adik aku Azhar....adik bongsu.  Dia dan keluarga serta kakak-kakak aku , Kak Pidah dan Kak Gayah..
menghabiskan cuti krismas dekat Sanctuary Resort Kuala Gula... Aku tak pergi.
Tapi mula-mulanya 50-50 juga perasaan tu... hati nak pergi.. tapi Mysuami tak nak.. jadi akhirnya tak pergi..
Memang pun aku keletihan.. 5 hari mesyuarat di Kajang.. rehat sehari.. lepas tu..mesyuarat pula di Ipoh... rasa nak patah pinggang juga dibuatnya.. nak selesai kerja dalam 3 hari...
Ditambah pula kain baju yang setambun tak berbasuh.....waduhhhh....bibiknya aku...heheheh
dengan rumah yang huru hara... baju sekolah anak belum dicari...rasanya tak sampai hati nak bersantai...
Anak-anak sedara dan adik ipar ku Akma ( bertudung hitam )

Kak Pidah dan Kak Gayah   
Along Ariff.. anak Kak Pidah

Abang Iparku yang kacak...Abang Tapa.. dah pencen pun.

Tengok aktiviti mereka... menyesal pun ada tak ikut...hahah
Cerita mereka... masa banyak dihabiskan di chalet... dan memancing..cuma tunggu air pasang.. 
memang tepat bagi yang gemar memancing macam adik aku ni..
Yang kecil lain pula aktiviti..
Hasil memancing sambil bercuti... seronok kan...heheh


Sebenarnya aku pun tak sangka mereka nak singgah ke rumah...tapi malangnya, aku lupa pula nak tangkap gambar...aduhh... boleh lupa pulak..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan