Sebenarnya sejak minggu lepas, "Kerja Hujung Tahun" aku dah bermula.... Bermula dengan mengambil 'bugkusan-bungkusan' di pejabat Pos Laju .... hinggalah nanti hingga sampai pertengahan bulan januari.. bila semua dah di 'key-in'.... Dah masuk tahun keempat rasanya dah kian faham apa yang nak dibuat...
Tapi masalahnya tahun ni... bertembung pula dengan pertukaran sekolah aku.... jadi banyaklah kerja lain yang kena aku buat.... minggu sudah saja, aku check stok.... Hari ini aku selesaikan... pertukaran dua anak aku ke sekolah baru aku.....
Memang dari tahun lepas aku nak pindahkan Faiz dari sekolahnya sekarang...tapi kena tunggu hingga aku confirm bertukar sekolah... Dan si Hakim pun dah tak mahu tinggal sorang di sekolah lama aku kalau aku dah tak ada.... jadi dia pun aku tukar ikut aku ke sekolah baru.... ( pengetua sekolah aku mesti happy.... sebab dia memang tak senang dengan budak prestasi rendah... dia tak cakap, tapi aku faham maksud tersirat tiap kali dia berbual denga aku...)
Besuk aku akan ke Kajang... ada mesyuarat di sana seminggu...... dua tiga hari ni, aku dok buat persiapan untuk ke sana.... tak mahu nanti kelam kabut pulak. ( Bertembong pula dengan majlis pertemuan blogger di Bandar Baru Bangi... nampaknya tak dapat joinlaa...)
Tapi buat masa ni... banyak lagi kerja yang tak selesai... nak pergi cuci kereta...nak service tukar minyak hitam... nak kemas kain baju untuk seminggu....alahai...
Balik dari Kajang.... aku kena selesaikan tugas dengan pasukan ku pulak..... alahai...
macam pendek saja masa.... borang serah tugas aku pun belum selesai lagi.... alahai......
sabar saja laaa.....
Kalau sempat nanti singgahlah sekejap. :)
BalasPadamIM pula, hujung tahun ni akan membuat persiapan perang dengan auditor SIRIM..
BalasPadamsalam kenal...tq hadir ke blog pcl, sy amat menghargainya..teruskan ukhuwah walau tak berkesempatan di bangi haritu..
BalasPadam