Isnin, 5 Disember 2011

Bermulanya usia 48....

seorang kenalan hadiahkan ini di facebook
     Sepatutnya hari ini , hari paling bahagia dalam hidup aku... sebab hari ini aku melangkah ke usia 48 tahun.. dua tahun lagi akan masuk 50an laa aku... Dalam facebook...berderet-deret kenalan dan rakan memberi ucapan selamat pada aku... ( inilah baguihnya fb ni...ehehhehe selama ni... jangankan kawan, anak-anak dan suami pun tak ingat....hahahhahah )
     Famili aku macam biasalaa.... tiada yang special pada hari-hari begini.... Habis sangat, si Faiz belanja aku makan Mc D ( cuti ni... duit dia masuk lagi...) itu pun aku pergi dengan dia dan si Kecik saja... Yang lain semua ini  "mood berangin.."... malas laa aku nak cerita... Orang lelaki ni, kian dewasa,.... kadang-kadang aku pun tak faham.... sesama mereka pun tak boleh ngam.. Kian payah rasanya.... anak , ayah sama je....

    Aku pun ' berangin ' juga... tapi kenangkan....I'm the birthday girl....heheheh perasan... aku happy kan mood aku...

Seorang rakan hadiahkan aku  kek yang cute ini

    http://youtu.be/VPYPaeWmySA

p/s:  Jadi emak ni pun payah..... tak boleh nak hilangkan perasaan risau tentang anak... lebih lagi anak yang dikacau emosinya... aduhh... mana dia pergi  malam ni.....

5 ulasan:

  1. below 50, kira masih muda lagi! SHR buat ibu yang risau tentang anaknya yang entah kemana pergi...

    BalasPadam
  2. Tiada ibu yang waras yang akan senang hatinya selagi bernyawa terhadap kehidupan anak2 mereka. Bukan hendak mengganggu tapi rasa bagai tak terlepas tanggungjawab seorang ibu walaupun anak itu telah punya kehidupan sendiri nanti.

    BalasPadam
  3. Insan Marhaen...heheh saya memang berfikiran muda..hahah

    Kak cik.. Menjadi ibu ni memang susah sangat.. apa lagi bila terhimpit antara suami dan anak...Hakim tak balik entah tidur di mana lepas bergaduh dengan abang dan ayah.... aduhhh.. mana nak cari entah..

    BalasPadam
  4. nasib baik ada fb mengingat kan... kan?

    haha

    BalasPadam
  5. saya pun tak nak terlepas mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran. semoga berbahagia selalu. umur 48 masih muda lagi. kalau dalam kerajaan ada 12 tahun lagi nak kerja.

    BalasPadam