Khamis, 20 Disember 2012

Result PMR Faiz...





      Semalam result PMR diumumkan..... Dan semalam anak ku Faiz juga menerima resultnya....
Memang aku tak menaruh harapan tinggi...kerana aku harus faham situasi Faiz sepanjang persekolahan yang lalu. Cuma tiga minggu sebelum PMR je masuk sekolah balik... dalam erti kata lain dia tak sekolah hampir 5 bulan..
     Memang mengejutkan... Faiz dapat 1 B - Bahasa Inggeris, dan 3 C - BM, Matematik dan Sejarah. Yang Lain D kecuali KH dapat E...itu pun aku yakin sebab tak hantar kerja kursus.Berkali -kali aku beritahu Faiz, kalau dia betul betul ikut pengajaran guru sepanjang tahun persekolahan tentu dia boleh dapat lebih bagus...... Dan aku begitu berharap dia tak mengulangi kesilapan bila di tingkatan 4 dan 5. seterusnya ambil SPM. Malah aku nak kalau boleh Faiz buktikan dia juga boleh jadi pelajar cemerlang...macam abangnya Razi. kerana aku yakin, dia sebenarnya boleh....
Kepada Allah SWT. aku panjatkan doa semoga anak anak aku ditetapkan hati...untuk terus berjaya mendapat ilmu dunia dan akhirat dan berjaya dalam mencari arah hidup....Amin.

6 ulasan:

  1. Semoga Faiz terus bersemangat untuk menyambung pengajiannya kerana prestasinya memang nampak bagus. Anak kakcik yang ke sekolah sepanjang tahun pun hanya dapat 1A 6B dan 1D sahaja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Kak cik... Setakat ni, si Faiz nampak positif..dan kembali berkeyakinan. Harap harap tak buat hal lagi tahun depan...

      Padam
  2. Makchaq tumpang gembira dengan kejayaan Faiz..Alhamdulillah dia nak juga pi sekolah bila dekat2 PMR tu.. setiap anak berbeza kan cikgu..

    Sampaikan ucapan tahniah makchaq kat dia.. InsyaAllah kalau lebih berusaha keputusan SPM nanti lebih baik..

    Hensom pulak makchaq tengok Faiz ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam, Makchaq terima kasih...
      Faiz ni, ada yang mengganggunya. Lepas berubat baru nampak ok. Alhamdullillah... doa doakan laa.. moga tak ada apa mengganggu mindanya lepas ni...dan dia dapat teruskan pelajaran dan minat.

      Padam
  3. PMR bukan destinasi terakhir.

    ada orang tak pernah pas periksa pun jadi jutawan juga.

    yang penting pas dalam agama!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. terima kasih Insan Marhaen.
      betul tu.. saya pun yakin begitu.. Rezeki tu dari Allah juga..

      Padam