latihan sebelum mengajar. |
contoh untuk pelajar |
Setelah mencuba beberapa kali, aku dapati soalan burung ni..jauh lebih mudah berbanding soalan lain.. tapi ada pelajar haram tak kisah. bila diberitahu. Dua tiga orang pelajar yang ikut nasihat aku, nampaknya selamat masa peperiksaan tadi... Melukis burung hanya memerlukan teknik lukisan, Ada tiga ekor burung ni... soalan dah terjawab..
Mulanya aku galakkan mereka buat air terjun ni...soalan no 2. Tapi pelajar pelajar pula kurang mahir bermain warna akan menghadapi masalah... Walaubagaimana pun ada seorang pelajar aku yang pilih soalan ni.. dan aku cukup berpuas hati...Inilah bukti kalau pelajar ikut kelas aku last minit pun...pasti boleh buat masa exam...
Masalahnya...cikgu yang syok sendiri.. Hari pertama aku buat kelas ada dalam 10 orang aje yang datang.. yang betul betul lukis adalah 3 , 4 orang... yang lain hanya suka suka dema...Sampai hari terakhir,,, adalah 2 orang yang betul setia..dan aku berani jamin ada potensi A.
Nak bahan rujukan sebenarnya banyak,,,ini dari facebook. |
Sebenarnya banyak bahan rujukan yang boleh diperolehi dari internet.. malangnya ada pelajar tiru
bulat bulat... pelajar harapan aku pulak tu..
Ada juga pelajar yang pilih soalan jerat tengkok sendiri...Misalnya soalan 1. Aku memang tak galak pelajar buat...banyak elemen kena mahir.. Soalan satu berbentuk fantasi.... bawah dasar laut. .sejenis makluk separuh manusia separuh haiwan ..menjalankan aktivit..Bunyinya memang menarik... tapi nak main warna dan nak lukis bukan mudah...
Apa apa pun...aku sentiasa mendoakan pelajar pelajar ku keputusan yang terbaik....walaupun aku tahu peratus matapelajaran PSV akan jatuh teruk tahun depan.....Memang aku tak pernah bermimpi seratus peratus....jangan kan dalam jaga..dalam tidur pun tak mungkin...hehehhe
Subjek lukisan memang IM tak minat. Habis kuat pun, lukis kartun hingga boleh buat album koleksi kartun sendiri.
BalasPadamMinat saya pada lukisan pun bermula dengan lukisan kartun pada umor 15 tahun...hingga jadi cikgu..masih minat kartun..subjek yang senang nak ajar budak
BalasPadam