Jumaat, 8 Jun 2012

Terima Kasih anak anak.....

 Minggu ini dah masuk minggu kedua suamiku balik ke rumah selepas beberapa hari bermalam di hospital... dan ertinya dah hampir dua minggu kami berulang alik ke hospital untuk rawatan dressing kerana luka pada kaki My suami.

    Tapi alhamdullillah... setakat ini aku dibantu anak anak...maka ringan laa sikit beban yang terpaksa aku tanggung. Si Hakim yang dah ada lesen ...dah boleh bawa van menggantikan tempat aku jadi pemandu.....Dengan kederat aku yang tak seberapa ni.. bawa van pun dah boleh sakit satu badan....padahal itulaah kenderaan satu satu nya yang aku ada dulu...

    Sebelah malam ...selalunya si faiz yang suka berjaga malam...yang sering diminta tolong oleh si ayah...Orang yang ada kencing manis ni sering nak kecing... kalau tengah tidor dikejut..mau pening juga kepala.

     Dan untuk waktu waktu sebegini..selalunya si Kecik la yang jadi pembantu...tolak si ayah ke bilik air..tolong ambil bekas air kecing ayahnya.. tolong tuang air minum...

    Si Razi yang dah kerja... kalau aku minta tolong, dia pun tak banyak kira... cuma kadang kadang aku kesian juga dengan dia.. bila balik, selalu dah tertidur di depan kerusi..

    Itulah anak anak... baik buruk hanya kita yang tahu... biar orang cela dan kata... aku tahu apa kelebihan mereka...

4 ulasan:

  1. Itulah yang kakcik katakan dulu, hanya kita yang lebih tahu kelebihan dan kekurangan anak kita berbanding orang lain. Alhamdulillah kerana mereka tetap boleh diharapkan.

    BalasPadam
  2. tumpang bangga dengan anak-anak uda. ada hikmahnya apa yang terjadi. dapat lihat kasih sayang.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah dikurniakan anak-anak yang baik.. semoga suami cikgu beransur sihat

    BalasPadam
  4. mereka itu anak-anak kita. kitalah yang lebih tahu kelebiahn dan kelemahan mereka.

    orang lain hanya pandai mengata..

    BalasPadam