Masa Hakim dilahirkan dulu.. aku rasa bertuah, sebab dapat merasai proses melahirkan secara normal..walaupun doktor kata tidak normal juga sebab kena vacuum... tapi apa-apa ajelaa... asal perut tak dibelah. Tidak seperti adik beradiknya yang lain semuanya melalui proses pembedahan... Dan perkara ini selalu aku ceritakan pada Hakim... supaya dia faham, dia agak berbeza dengan yang lain.
Membesarkan Hakim... bukan perkara yang mudah. sebab Hakim agak Hyper aktif.... tak mahu duduk diam. Kalau masuk ke bank atau tabung haji... aku terpaksa menahan malu kerana kerenah Hakim yang tak mahu duduk diam macam budak -budak lain. .. Hakim tak boleh aku bawa ke mana-mana mesyuarat.... jawapnya aku kena balik awal. Paling senang cakap.. Hakim memang nakal dari kecil...
Dan bila dia kian remaja.... tugas aku sebagai emak lebih tercabar.... Sejak aku bawa Hakim berpindah sama ikut aku ke sekolah baru... memang banyak ujian menguji sabar aku .Aku ingat bila bawa ke sekolah baru... Hakim nak berubah, rupanya tidak.... Bayangkan aku yang jadi guru kelas terpaksa menanda kosong setiap hari pada kehadiran Hakim... belum lagi kes datang lambat... Sebenarnya dia keluar lebih awal dari aku setiap pagi... tapi singgah di mana dulu aku tak tahu... Kalau aku ajak naik kereta .. langsong tak nak ke sekolah.....
Tapi hari ni.. datang pula kes baru. Ada pelajar bagi tahu kat guru disiplin, dia merokok di sekolah.... Bila aku tanya pelajar berkenaan, dia kata semalam.... buat aku nak ketawa.. sebab semalam Hakim tak datang sekolah, sebab bangun lewat....Kebetulan, Hakim ada di bilik guru dipanggil ustaz yang mengajarnya.. aku cium mencari bau rokok tapi tak ada....alhamdullillah......
Aku tahu Allah memang sedang menguji aku dengan anak bernama Fauzan Hakim ini..... anak yang selalu membuat aku serba salah. ... . Nak dimarah salah, tak dimarah salah.... kadang-kadang aku lebih suka dia tak hadir ke sekolah... sebab kalau dia hadir, mesti ada kes.... tapi kalau tak hadir... aku juga yang susah.....sebab dia pelajar sekolah....dia kena ke sekolah...
Apa-apa pun sebagai emak aku yakin Hakim, akan berjaya.... sebab Hakim jenis yang tak kisah tangannya kotor untuk buat kerja.... dia tak kisah upahnya sedikit, asal dia boleh bekerja.... cuma buat masa ni aku kadang-kadang buntu untuk bagi tahu Hakim pentingnya pendidikan... dan pentingnya disiplin... dan pentingnya jati diri.. apa yang perlu didahulukan...
Hakim sebenarnya separuh kanak-kanak dan separuh lagi merasa dirinya sudah dewasa.... sebab tu aku jadi susah... sebab sukar nak mendengar kata. Moga doa aku sebagai emak Allah perkenankan... lembutkanlaa sikit hati si Hakim.... bukakan pintu hatinya untuk mendapat ilmu.. beri kesedaran padanya tentang pentingnya segalanya ini untuk dia... dan semoga dia tak tersesat jalan...AMINN....

Itulah yang sebaiknya Ros. Jangan jemu berdoa dan membimbing. Semoga Hakim akan berjaya dalam hidupnya. InsyaAllah.
BalasPadamTerima kasih kak cik kerana tak jemu beri komen....
Padamuntong juga ada blog... boleh juga berkongsi curah perasaan... kalau dipendam rasa terbuku di hati...
memang sentiasa mendoakan untuk anak-anak... semoga mereka berjaya dunia dan akhirat..
byk bsabar dn berdoa Ros,insyallah... berapa umor ank u ni?? umo remaja mmg paling mcabar sekali tuk ibubapa,kata org umor peralihan ,dr kanak2 nk ke dewasa,jgn lupa perubahan hormon jgk menyumbang kpd pergolakan dlm diri ank muda ni. i wish all the best 4 u and yr son...
BalasPadamImma.. anak ni naik tingkatan 5 tahun ni.. sejak tingkat 4 dah menunjukkan kurang minat dengan sekolah..
Padamminatnya dengan aktiviti luar ... macam motor... dah besar memang susah nak kawal lagi.
doa ibu yang penyayang, insyallah. Allah perkenankan.
BalasPadam