Rabu, 25 Januari 2012

Reunion dengan guru dan ex student SMKDAS selepas 20 tahun

    Sebenarnya dah beberapa hari  aku nak  menulis ... malangnya masa begitu tak mengizinkan. Dua hari sebelum ni, aku berulang ke kampung ziarah emak dan abah , kemudian balik ke Bota pula jenguk mak mertua.... Hari ni pun... sepanjang hari dok mengemas rumah. Sebelum tu, pi settle beberapa hal sementara hari cuti sekolah ( hari ni, cuti peristiwa... esuk dan lusa cuti berganti...)

   Aku sebenarnya nak cerita pasal reunion aku dan beberapa orang guru dengan bekas pelajar SMK Kg Dato Ahmad Said. ( lokasi dekat Manjoi, Ipoh ) .Sekolah ni adalah sekolah kedua aku dan sekolah pertama aku di Ipoh.... Masa tu aku baru je kahwin.... dan mengandung pulak tu. Dapat tukar ikut suami ke IPOh..... seronoknya bukan main...... cuma masalahnya jauh sikit dari rumah. Tapi cukup dekat dengan pejabat Mysuami masa tu..

Masa tu minta pindah sekolah cukuplah senang... tak payah tunggu lama pun. Kalau tak silap tak sampai dua bulan pun aku mohon dah dapat tukar. Yang betulnya... sekolah baru yang aku dapat tu memang kekurangan guru. Dan masih menumpang di sebuat sekolah cina... Murid pun masih tak ramai. cuma pelajar tingkatan satu dan dua...... Bangunan sekolah sedang dalam pembinaan...

Cuma masa tu... yang menjadi masalah ialah aku. ...Aku ada komlikasi masa mengandung... asyik kena tahan kat wad hospital... keluar masuk sampai bersalin... Pernah sekali tu, masih aku ingat... selepas MC kat rumah ... aku pi sekolah sehari.... lepas tu kena tahan balik kat wad sebab darah tinggi...

  Lepas habis cuti bersalin... rupanya mereka dah pindah ke bangunan baru....

Balik pada kisah reunion tadi.....seronoknya sebab dapat bertemu semula dengan pengetua pertama..sekolah. Walaupun dah tak berapa nampak..( kereta dipandu isteri ) tapi masih sporting... dan beberapa orang kawan, yang selama ni hanya berbual di facebook..

Begitu juga... ex student.... dari. pelbagai latarbelakang..... ramai yang dah berjaya... Ada dah jadi engineer.. novelis.. eksekutif... juruteknik... Ada yang buat bisnes sendiri... ada yang bukak butik dan salun spa... ada yang dah menduda.....  Semuanya cerita selepas 20 tahun bertemu semula..

Malangnya.... kelemahan aku... aku tak dapat ingat mereka semua..kecuali sorang dua... Aku minta maaf betul-betul.... ramai juga yang tampil perkenalkan diri,...ternyata mereka masih ingat kan aku.....
ada juga yang sebelum hari reunion lagi dah talifon.... ajak aku datang.. kerana nak jumpa aku ...

Apa-apa pun ...aku bangga dengan kejayaan mereka....

4 ulasan:

  1. seronoknya p reunion,.. kalau akak, sama jer, tentu x ingat dah kawan2 lama, entah apa kabar mereka, brapa anak la agaknya... walaupun baru 10 thn (baru ke) tinggalkan alam sekolah rasa dah lama sangat dah sunyi drpd hiruk pikuk kawan2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul... memang susah nak cam rakan-rakan lama dan bekas anak-anak murid... memang malu juga.. tapi nak buat camana...hehehe..tapi memang besat jumpa kembali..

      Padam
  2. IM belum pernah hadir re-unian wlpun dijemput. segan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. EX STUDENT SMK RAJA CHULAN BOLEH KATA HAMPIR SETIAP TAHUN BUAT REUNION... TAHUN MUNGKIN LEBIH GAH SEBAB SU NEGERI PERAK.. DATO FUAD.. EX STUDENT SRC..

      SEBENARNYA TAK ADA YANG NAK DIMALUKAN.. SEBAB SAYA SELALU BERJUMPA DENGAN EX STUDENT NI...MEMANG ADA YANG BERJAYA DAN ADA YANG BIASA-BIASA... TAPI YANG PENTING ADALAH UKHWAH..

      Padam